Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, November 11, 2016

PARLIMEN KESILAPAN MAHATHIR PADA 1962...



Pandika berkata, Dr. Mahathir perlu meminta maaf 
kerna memansuhkan Akta Perkhidmatan Parlimen 1962 
ketika beliau menjadi PM pada 1992.
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat mahu Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf terlebih dahulu sebelum menyalahkan beliau gagal memartabatkan sistem Parlimen.
Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Dr Mahathir perlu meminta maaf kerana memansuhkan Akta Perkhidmatan Parlimen 1962 ketika beliau menjadi perdana menteri pada 1992 yang menyebabkan kuasa Parlimen terhad dan Eksekutif boleh campur tangan dalam pentadbiran Parlimen.
Beliau berkata, pemimpin pembangkang seperti Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang juga perlu mempersoalkan bekas perdana menteri itu atas tindakannya memansuhkan akta terbabit, sebelum memihak kepada Dr Mahathir.
“Mahathir perlu minta maaf dahulu, iaitu kenapa sewaktu beliau jadi perdana menteri pada 1992, Akta Perkhidmatan Parlimen 1962 (yang penting dalam mana-mana Parlimen untuk mengasingkan kuasa Eksekutif, kehakiman dan Parlimen) dimansuhkan.
“Kenapa itu tidak disebut dalam resolusi ini (surat mengandungi 4 resolusi yang dihantar wakil rakyat pembangkang kepada Pandikar), kalau mereka benar-benar mahu memartabatkan Parlimen, itu mereka mesti bangkitkan,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Pandikar berkata demikian sebagai membalas kenyataan Dr Mahathir yang pernah menjadi wakil rakyat Kubang Pasu selama 30 tahun mempertahankan kebebasan Dewan Rakyat di era beliau lebih demokratik berbanding sekarang di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
“Tidak benar Parlimen sekarang ini jika dibandingkan dahulu sewaktu Tun Mahathir pegang jawatan perdana menteri tidak demokrasi. Saya sangkal sekerasnya.
“Bagi saya, beza dia terlampau luas lebar. Ketika itu, segelintir saja yang langgar (Peraturan) mesyuarat. Pembangkang tidak ramai. Sekarang, benda tidak patut hujah pun mereka hujah,” kata Pandikar.
Mengenai tindakannya melarang ahli Parlimen membangkitkan sebarang soalan mengenai saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk menyita aset yang didakwa dibeli dengan dana 1MDB ialah subjudis, katanya, beliau tidak perlu memberi alasan untuk keputusan itu.
“Ada yang kata keputusan subjudis itu tidak betul. Tetapi, apabila saya berhujah begini, sebenarnya apabila speaker membuat keputusan, saya tidak perlu buat alasan.
“Itu adalah budi bicara speaker apabila buat keputusan. Ia sama sahaja di negara lain. Tetapi di sini, apabila saya memberi sebab, setiap sebab saya buat tidak diterima dan dijadikan isu politik,” katanya.
Selasa lalu, Dr Mahathir menghadiri mesyuarat khas mengenai keistimewaan dan imuniti ahli Parlimen di bangunan sementara Parlimen.
Turut hadir ialah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Dr Wan Azizah serta lebih 30 wakil rakyat pembangkang.
Dr Mahathir turut dalam ucapannya menyentuh siasatan polis ke atas 3 bekas menteri, iaitu Muhyiddin, bekas Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Shafie yang disiasat polis atas dakwaan membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat, 2 minggu lalu.


Dr Mahathir berkata, semua perbahasan Parlimen mungkin dilarang sepenuhnya, kelak.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA