Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, November 13, 2016

MAHATHIR ; SAYA TERUS DI LEBAL....



tun-02
BANGI, 11 Safar 1438H, Jumaat – Panggillah saya dengan apa nama dan gelaran pun, kebenaran dakwaan oleh saya tidak terjawab, sindir Tun Dr Mahathir Mohamad kepada beberapa anggota Kabinet yang berterusan melabelkan dan memberi gelaran yang tidak baik kepada beliau.
Katanya, beliau tidak kisah malah menyambut baik gelaran yang dilabelkan kepadanya kerana ia menunjukkan segala dakwaannya dan pihak lain terhadap salah urus tadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah benar dan tidak dinafikan.
“Amatlah menyedihkan kerana kemampuan jurucakap Kerajaan Najib amat terhad.
“Apabila didedah bukti berkenaan rasuah, pencurian wang Kerajaan, dan salahguna kuasa oleh Najib, jawapan yang diperolehi dari anggota Kabinet kleptokratiknya terhad kepada memberi gelaran kepada saya,” katanya dalam tulisan terbaru beliau di chedet.cc, hari ini.
Kehadiran Dr Mahathir di Parlimen pada Selasa lalu bagi mengadakan pertemuan bersama pemimpin pembangkang, mendapat respon daripada beberapa anggota Kabinet serta pengikut setia Najib
Ia berikutan campur tangan beliau terhadap isu melibatkan tiga bekas menteri, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said menyifatkan kehadiran Dr Mahathir pada Selasa hanya sekadar gimik politik yang dibuat oleh pembangkang.
Sementara, ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa Dr Mahathir hanyalah boneka dan kuda tunggangan kepada parti rasis dan cauvinis, DAP.
Manakala, respon Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa pula berkata, kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke Parlimen tidak ubah seperti kereta antik ke pertandingan litar Formula 1.
Bagaimanapun Dr Mahathir berkata, pelbagai gelaran yang dilabelkan terhadap beliau tidak dapat menutup pemerintahan dan kesalahan Najib yang dikaitkan dengan salah urus tadbir syarikat pelaburan kontroversi 1MDB dan tindakan sivil oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).
“Memanggil saya antique, puppet, gimmick dan bermacam lagi tidak dapat menutup kesalahan Najib dan pemerintahannya; tidak dapat menidakkan dakwaan yang Najib memiliki 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadinya;
“…tidak dapat mempertikai dakwaan DOJ yang wang ini datang dari 1MDB, tidak dapat mengembali berbillion Ringgit yang dihilangkan oleh 1MDB yang dipimpin oleh Najib, mengadakan Kerajaan kuku besi yang ditakrif sebagai Kleptokrasi iaitu Kerajaan pencuri, penyangak dan perompak.
“Kata pepatah Melayu anjing menyalak, bukit tak akan runtuh,” katanya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA