Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, October 28, 2016

SIAPA MUSUH KAMI.....

bos-marah

Ahli UMNO perlu menghentikan pertelagahan sesama sendiri, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada usaha pembangkang yang ingin menumbangkan parti itu dan Barisan Nasional (BN).
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, berkata beliau amat sedih melihat tindakan ahli parti itu yang ‘berperang’ sesama sendiri di media sosial.
“Musuh sebenar UMNO adalah pembangkang diluar sana, bukannya sesama ahli parti bercakaran dan bertikam lidah sesama sendiri.
“Saban hari menerusi laman-laman sosial kita dapati berlaku kecam-mengecam sesama ahli UMNO, ini semua pada hemat saya amat memalukan,” katanya melalui laman blog peribadinya hari ini.
Syed Ali berkata, beliau bimbang sekiranya percakaran tidak dapat dikawal dan akhirnya akan menyerlahkan segala kelemahan yang ada dalam parti.
Katanya jika itu berlaku, imej UMNO akan tercalar dan membuka ruang kepada pembangkang untuk mengeksploitasikan kelemahan tersebut.
“Ini yang saya khuatir, kelemahan itu akhirnya dipergunakan oleh pembangkang untuk menyerang balik UMNO menggunakan isu atau perselisihan yang berlaku dalam parti kita.
“Perselisihan boleh dileraikan secara musyawarah dengan mengambilkira kepentingan parti, bukannya menggunakan saluran laman sosial untuk melepaskan kemarahan atau membuka aib seseorang,” katanya.
Ahli parti termasuk pemimpin di semua peringkat perlu berganding bahu untuk mengumpulkan segala kekuatan bagi menghadapi asakan pihak pembangkang.
“Saya percaya, ahli dan pemimpin UMNO ada kelebihan, mereka ada kebolehan dan kepakaran masing-masing, ini amat bagus jika digembelingkan untuk menentang pihak musuh,” katanya.
Katanya, ahli UMNO perlu berganding bahu untuk berdepan dengan kemelut politik yang dicetuskan oleh pembangkang dalam usaha mereka menumbangkan parti.
Wartawan Watan-Online

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA