Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, October 28, 2016

KUCING - KUALA LUMPUR MENAMPAKKAN KECELARUAN




Kerna kelantangan Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem menuntut hak orang orang Sarawak melalui perjanjian 1963.
Maka Federal aka PM Najib Razak terus bersikap kurang ajar terhadap masyarakat Sarawak dengan mengambil langkah drastik menutup tiga pusat perguruan yakni kolej Institut Pendidikan Guru (IPG) Miri, IPG Rejang dan IPG Samarahan. Tiga pusat ini akan ditukar menjadi pusat pengajian politeknik dan vokasional.
Walaupun sebelum ini pentadbiran Adenan Satem telah mensasarkan 90% jawatan guru guru di negeri itu akan diisi oleh orang orang Sarawak.
Walaubagaimanapun, tindakan yang tidak disangka itu tidak diketahui secara rasminya oleh kerajaan negeri, Menteri Kebajikan, Wanita dan Masyarakat Kesejahteraan Datuk Fatimah Abdullah, memberitahu pemberita bahawa dia hanya mengetahuinya semasa menghadiri persidangan antarabangsa di Miri, Sarawak.
Ertinya Federal bertindak dengan tidak mengikut peraturan. Ikut suka dia jak. Hemmm
Kita tahu selama ini, kerajaan negeri lantang menuntut hak mereka, sehinggalah Ketua Menteri, Adenan Satem secara rasminya akan membuat usul supaya Federal mematuhi perjanjian 1963. Seperti mana keterangan dibawah,
Ketua Menteri Adenan Satem berkata usul itu akan memberi tumpuan kepada keperluan untuk kerajaan persekutuan untuk memerhatikan hak Sarawak sebagaimana yang diperuntukkan dalam dokumen pengasas Malaysia: Perjanjian Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara Pemerintah dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.
Usul itu akan dibentangkan oleh seorang menteri negeri, katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Parti Rakyat Sarawak.
Oleh kerana itulah Federal aka UMNO mula bersikap angkuh aka kurang ajar. Tapi pada masyarakat Sarawak jangan kamu merasa tergugat. Begitu juga dengan orang orang Sabah bersiap sedia kamu, kerna selepas ini, akan ada tindakan yang lebih drastik akan dikenakan agar kamu terduduk, terpaksa akur pada kehendak Federal.
Jangan kamu ikut perangai pemimpin pemimpin UMNO Sabah, buat bodoh pada banyak hal, asal poket mereka yang sarat. Sebab itulah sejak berdekad orang Sabah duduk di belakang berbanding negeri negeri yang lain. Nama saja simpanan tepat dan kononnya negeri yang paling kaya. Kaya kena bodoh sebab dipimpin oleh individu individu tamak adalah.😉
#politikbolos #sabahubah

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA