Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, October 5, 2016

RUU355 - APA PENYUDAHNYA.....

Setalah di luluskan oleh parlimen untuk di bahaskan kini, isu RUU355 telah merobahkan daya fikir ramai pihak tentang keperluan dan apakah pengisian yang ingin di bawah dan di bentangkan oleh TGHH semasa persindangan parlimen pada okt. nanti. Polimik dan pergesaran pendapat ini telah menyebabkan terkeluar " hukum " mati khafir, boleh di tanam di jerat kekadang terdengar juga kata-kata " gugur " islam setiap muslim yang mempertikaikan cadangan ini. 



Mufti Pulau Pinang ( gambar ) menyuarakan rasa sedihnya terhadaptindakan segelintir ahli agama yang mengafirkan orang Islam yang tidak bersetuju dengan rang undang-undang (RUU) bagi meminda akta Mahkamah Syariah.



Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor ( gambar ) berkata beliau tidak menafikan peri pentingnya memperkasa mahkamah syariah, tetapi RUU itu belum lagi dimuktamad dan dibentangkan.

“Biarlah ia dibincang terlebih dahulu dengan teliti dari pelbagai aspek oleh pihak legislatif dengan tujuan penambahbaikan.

“Moga-moga dengan perbahasan yang bebas akan menghasilkan satu undang-undang yang adil untuk dilaksanakan ke atas seluruh warganegara,” katanya dalam kenyataan yang antaranya diedarkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Kerajaan sebelum ini memberi laluan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkannya RUU persendirian itu untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.

Hadi bagaimanapun memohon ditangguhkan untuk sidang bulan depan atas alasan tidak cukup masa untuk dibentangkan.

Baru-baru ini, tersebar meluas video seorang ustaz di Internet yang memberi amaran untuk menanam Presiden PKR Datuk Wan Azizah Ismail di kubur Cina jika tidak menyokong RUU itu.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada mufti Pulau Pinang itu merujuk langsung kepada kes tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, Wan Salim juga berkata anggota parlimen tidak wajar dipaksa atau diugut menyokong RUU itu menggunakan alasan terjejas akidah jika menolaknya.

“Memang seorang Muslim wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT yang sakral.

“Tetapi RUU 355 bukan hukum Allah SWT. Ini hanya merupakan satu langkah ke arah memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia yang akan dibentangkan nanti.

“Kemungkinan wujud kekurangan dan kelemahan tertentu di dalam RUU tersebut yang perlu diperbaiki sebelum dijadikan undang-undang,” katanya.

Katanya, sebaiknya pihak kerajaan membentangkannya supaya kelihatan lebih serius dan tidak dilihat sebagai gimik politik semata-mata. -mk 

2 comments:

  1. Assalamulaikum Admin,

    Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum Admin,

    Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA