Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, October 4, 2016

MEMALU DAN AMAT JIJIK SEKALI.....

PETALING JAYA: Sekumpulan penonton asing yang menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang semalam ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh apabila memakai seluar dalam dengan corak Jalur Gemilang.
“Friends of PDRM” memuat naik 2 gambar di laman Facebook hari ini yang menunjukkan sekumpulan individu berkulit putih berpakaian separuh bogel dengan hanya memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang, bersorak selepas perlumbaan tamat.
“Tahniah kepada pihak berkuasa yang mengambil tindakan menahan penonton asing memakai seluar dalam bercetak Jalur Gemilang.
“Kami berharap pihak polis juga akan menyiasat dan mendakwa pembuat pakaian dalam itu,” kata mereka, sambil menambah sebagai rakyat Malaysia, orang awam perlu mempertahankan nilai-nilai budaya Asia.
Ketua Polis Sepang Abdul Aziz Ali mengesahkan lelaki dalam gambar berkenaan ditangkap tetapi enggan menyatakan berapa ramai suspek yang ditahan.
“Ya, kami sudah membuka 2 kertas siasatan untuk menyiasat perkara itu,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana “penghinaan yang disengajakan dengan niat untuk mencetuskan gangguan keamanan” dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana tingkah laku yang menghina.
Aziz berkata, mereka akan memohon perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret hari ini untuk membantu siasatan.
Tindakan individu luar memakai seluar dalam dengan bendera kebangsaan juga tidak dapat diterima rakyat Malaysia di Internet.
Pengguna Wizz Key berkata, “mesti terdapat motif tertentu”. “Bagaimana mereka memperoleh seluar itu jika tidak ada orang yang menjualnya,” katanya.
Netizen Seth Tan menggesa pihak berkuasa menangkap individu terbabit.
“Biar mereka tahu kita ada undang-undang kita sendiri di sini. Ia menjengkelkan melihat gambar sebegitu,” katanya.
Mohammad Aidil juga bersetuju dengan dengan Seth Tan, menggesa polis tidak mengambil ringan terhadap perkara itu kerana ia melibatkan maruah negara.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA