Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, October 14, 2016

PIBG LEMAH....... SEKOLAH SENGSARA

PELIK tapi benar, meskipun sudah lebih 10 bulan berlalu sejak bumbung Sekolah Kebangsaan Tengkera 1, Melaka Tengah diterbangkan angin dalam satu kejadian ribut, sehingga kini ia tidak dibaikki.



Keadaan bumbung yang rosak teruk itu boleh dilihat dari bawah meskipun kerosakan itu pada aras tingkat empat. Tidak mungkin tiada orang yang perasan keadaan atap yang terlopong itu kerana ia boleh dilihat dengan jelas walaupun dari jauh.



Setiap kali hujan lebat, lantai sebuah perpustakaan yang terletak di bawah bumbung itu dilimpahi air. Selain itu 4 buah kelas turut terjejas menjadikan struktur bumbungnya semakin reput sekaligus membahayakan pelajar dan guru.



Tambah memburukkan keadaan, serpihan kayu dan bumbung yang rosak kerap jatuh ke bawah setiap kali ditiup angin. 

Cuba bayangkan jika serpihan dari bumbung tingkat 4 itu terkena sesiapa yang kebetulan berada di bawah, sama ada murid, guru atau sesiapa sahajalah. Barangkali boleh membawa maut.

Aku tak faham, ke mana pergi peruntukan kerajaan untuk penyelenggaraan sekolah? Nampaknya seperti kewangan kerajaan kini sudah terlalu teruk, sampaikan bumbung sekolah rosak pun tak mahu diperbetulkan.

Rakyat bayar cukai GST berbilion ringgit setiap tahun, ke mana disalurkan wang itu kalau bumbung terlopong pun tak boleh nak betulkan?

Read more: http://www.milosuam.net/2016/10/bumbung-sekolah-terbang-sejak-10-bulan.html#ixzz4N2QPTfMv

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA