Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, October 13, 2016

IMIGRESEN MULA PANAS.......

Kerusi panas KP Imigresen kini mula 'bergoncang' walaupun belum cukup 100 hari diduduki oleh Mustafar Ali ( gambar ) yang ditendang keluar dari SPRM Julai lalu...

Dikhabarkan, sudah ada "Dewa Kayangan" yang marah dengan Mustafar Ali kerana mengganggu gugat projek kroni-kroninya.

Sebab itulah, "Dewa Kayangan" ini sekarang sedang berusaha menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan Mustafar dari Imigeresen.

Apa tidaknya, "Dewa Kayangan" yang memang terkenal dengan keangguhan dan ketamakannya mengagih agihkan projek kepada kroninya tergugat apabila Mustafar cuba mencantas projek yang diberikan kepada ahli keluarganya.

Setakat ini, sudah TIGA PROJEK BERNILAI RATUSAN JUTA yang diberikan kepada kroni dan keluarga "Dewa Kayangan" mula dicantas oleh Mustafar.

Projek2 tersebut adalah berkaitan pendatang asing dan juga pelarian.

KS diberitahu, selepas Mustafar mengambil alih kepimpinan Imigresen, jabatan itu mula berpecah dua iaitu Pro Mustafar dan Pro Dewa Kayangan.


Dimaklumkan, Rata-rata anggota Imigresen tidak mahu Mustafar keluar, namun terdapat pegawai2 tinggi yang tidak senang dengan Mustafar.





Pegawai-pegawai ini dikatakan mula mensabotaj sistem yang dibawa oleh Mustafar bagi memperlihatkan kegagalan beliau dalam pengurusan sistem.



Malah mereka ini mula melancarkan propaganda yang kononnya Mustafar sendiri yang tidak selesa dengan jawatan nombor 1 Imigresen itu hingga sengaja mencari pasal dengan orang2 atasan.


TERKINI, Mereka sedang merancang untuk mencampakkan Mustafar sebagai KP RELA...??

Tunggu dan lihat....

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA