Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, September 21, 2016

RUU355 - HOKKIAN TAK MINAT







KUALA LUMPUR: Satu pertemuan di antara pimpinan 
tertinggi PAS dengan Persekutuan Persatuan Hokkien semalam 
mengenai isu rang undang-undang (RUU) memberikan kuasa lebih 
kepada mahkamah syariah berakhir dengan tiada kesepakatan.
Malah, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan melahirkan 
kekecewaan dengan mendakwa wakil Hokkien itu tidak 
mengambil kesempatan sepenuhnya memahami RUU yang 
bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, atau Akta 355.
“Mereka tidak membuka ruang dialog dan tiada sebarang 
pertanyaan diajukan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang 
sedang presiden PAS memberi penerangan dengan bahasa yang 
sangat mudah dan terus kepada subjek perbincangan secara jelas,” 
katanya dalam kenyataan hari ini, selepas pertemuan yang turut 
dihadiri presiden Persatuan Hokkien, Datuk Khoo Chai Kaa.
PAS yang diketuai Hadi turut diwakili Bendahari 
Mohamad Noor Mohamad,Pengerusi Lajnah Perpaduan 
Nasional Dr Najihatus Solehah dan Timbalan Pengerusi Lajnah 
Undang-Undang dan Hak Asasi, Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan.
Selepas sesi itu, Khoo dilaporkan tidak berpuas hati dengan 
penerangan yang diberikan dan akan meneruskan 
bantahan terhadap usaha PAS.
Pertubuhan mewakili rakyat Malaysia berketurunan Hokkien 
itu sebelum ini menyasarkan sejuta tanda tangan dalam 
kempen membantah RUU yang dikemukakan Hadi di 
Dewan Rakyat pada Mei lalu.
Bagaimanapun, Nasrudin berkata pihaknya bersedia untuk
 terus memberikan “penerangan”.
“Selagi tidak faham maka marilah berbincang dan berdialog. 
Janganlah bertindak dan membuat penentangan terhadap Islam 
mahupun pindaan Akta 355 tanpa memahami apakah 
kedudukannya yang sebenar kerana ia merendahkan moral 
dan peribadi,” katanya, yang menambah PAS akan selanjutnya 
bertemu dengan wartawan mewakili akhbar dan media baharu 
termasuk berbahasa Cina dan Tamil.
RUU dibentangkan Hadi itu dijangka didebatkan pada sesi 
Parlimen akan datang.
Ia antara lain membolehkan hakim mahkamah syariah 
menjatuhkanhukuman melebihi apa yang dihadkan sebelumnya 
iaitu penjara 3 tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan 6 sebatan, 
dalam apa yang dilihat sebagai usaha awal kerajaan PAS di Kelantan 
melaksanakan hukum hudud.

4 comments:

  1. Assalamulaikum Admin,

    Boleh tak kita sama2 link-kan blok. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Sekiranya sudah di-link harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamulaikum Admin,

    Boleh tak kita sama2 link-kan blok. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Sekiranya sudah di-link harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA