Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, September 20, 2016

HUSAM - JGN BABITKAN AYAHANDA SAYA - NIK ABDUH


Pada 30 Ogos lalu, Datuk Husam Musa umum masuk Parti Amanah Negara (PAN). Dalam ucapannya, dia kata, kalau tok guru Nik Aziz masih hidup, sudah tentu tok guru ikut dia masuk PAN.
Husam boleh berkecek (bercakap) apa saja pada orang yang dah meninggal dunia. Dia juga boleh kata, kalau arwah tok guru panjang umur, mesti tok guru restuinya jadi presiden PAS atau menteri besar Kelantan.
Kata-kata Husam telah mendorong anak arwah tok guru, iaitu Nik Abduh bersuara menidakkan dakwaan itu. Kata Nik Abduh, kalau Husam nak masuk PAN, masuklah. Jangan heret arwah ayahnya. Jangan kata arwah tok guru pun akan masuk PAN kalau dia masih hidup.
Selama seminggu Nik Abduh berdiam diri dengan dakwaan Husam itu, sehinggalah sampai satu tahap dia tak boleh bersabar lagi kerana nama ayahnya telah dijadikan perisai oleh Husam untuk pertahankan dirinya kenapa dia masuk PAN.
Dalam surat terbuka kepada Husam, Nik Abduh kata, dia terpanggil untuk menjawab, sekurang-kurangnya bagi pihak keluarga, atau sebaik-baiknya atas nama Ketua Pemuda PAS Malaysia perihal dakwaan itu.
Berikut adalah luahan Nik Abduh kepada umum sebagai menjawab dakwaan Husam:
Husam dakwa jika arwah tok guru masih ada, maka dia akan memilih untuk masuk PAN, parti baru serpihan PAS. Alasan yang diberi, PAS sudah keluar dari landasan asal perjuangan. Kelantan kini tidak lagi Kelantan yang dulu.
Saya kata, saya sudah menjawabnya di laman sosial FB. Pendek dan sinis sahaja. Pada saya ia mencukupi. Sekuntum dua bunga seroja mencukupi untuk dipadankan dengan wajah yang memang sedia ayu dan menawan.
Kuntuman segar bunga istiqamah dan amanah yang kembang pada tubuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah mencukupi bagi mereka yang mahukan qudwah dan contoh dalam kehidupan beranjau dan berduri ini.
Tetapi, sebahagian mahukan yang lebih panjang dan lebih menjelaskan. Setiap fitnah walaupun terlalu teruk untuk dipercayai, akan tetap ada telinga yang sedia menadah dengar sebagai terapi bagi jiwa yang sudah lama sakit dan tidak sedia diubati lagi.
Ia akhirnya hanya boleh hidup melalui ubat pelalian dengan dos yang tinggi. Fitnah dosnya memang tinggi. Akhirnya fitnah jika dibiar berkembang, ia akan membaham mangsa baru yang tidak berdosa.
Hidup seseorang muslim itu nilainya pada hujung hayatnya. Sampaikah dia ke destinasi yang ditujunya. Jika dia menuju Allah, sehebat mana perjalanan hidupnya menuju Allah itu, hebat itu hanya kekal terpakai apabila dia memang sampai kepada Allah di hujung hayatnya.
Awalnya, tengahnya sehinggalah hujungnya adalah tauhid. Jika tidak, ia sama sahaja, apa erti hebat memandu dalam perjalanan yang jauh menuju destinasi, tetapi hujungnya berakhir di hospital atau terjun longkang?
Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kita meyakini pada zahir yang kita lihat bahawa dia telah mengakhiri hidupnya dalam istiqamah menuju Allah. Hidupnya untuk Allah. Dia berjuang demi Allah.
Demi menjaga kekuatan dirinya dalam perjalanan, dia memilih sedari mudanya untuk mengenderai parti PAS sehinggalah akhir hayatnya. Tak pernah bertukar atau tersentak atau terhenti. Itu haknya yang nyata.
Haknya ke atas semua adalah menyebut istiqamahnya itu. Menyatakan sebaliknya adalah memperlekehkan nilai istiqamahnya dalam hidupnya itu.
Ertinya, jika saya masuk PAN (semoga dijauhi Allah), demi menjaga hak istiqamah ayahanda, saya mesti berkata, saya telah memilih untuk berbeza pandangan daripada ayahanda. Saya sama sekali tidak boleh berkata, jika ayahanda masih ada, dia pun akan pilih jalan saya yang baru ini. Itu perlecehan yang nyata ke atas hak orang yang telah pergi kepada tuhannya dengan penuh kemuliaan.
Itu pertama. Yang kedua, dalam PAS, ayahanda Tuan Guru adalah sejarah hidup dan jatuh bangun PAS. PAS membinanya dan dia jugalah yang begitu membina PAS. Dia pernah mentaati dan dia pernah ditaati. Dia memandu dan dia dipandu juga. Puluhan tahun lamanya. Yang tua, yang muda, yang lama dan yang baru semua pejam celik dengan wajah ayahanda menjadi wajah PAS.
WATAN Says : Secerdik-cerdik Husam akhirnya jelas kelihatan kedangkalannya. Mengheret almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menumpang pengaruh amat tidak bermaruah dan tidak mempunyai intergriti diri.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA