Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, September 5, 2016

HUSAM MENGAMOK DI KELANTAN.....

Husam berucap di Pasir Puteh dan merasmikan 17 cawangan Amanah di situ.

Sekembalinya dari Cyberjaya dan mendiamkan diri selama hampir 4 bulan akhirnya beliau mengambil keputusan menyerahkan borang menyertai AMANAH, Beliau terus membuatkan kejutan kepada rakyat Kelantan. Penyetaaan Beliau bersama AMANAH adalah berasaskan kegagalan beliau memohon agar pemecatannya ditarik semula 
Beliau telah di sambut oleh Wan Abdul Rahim bin Wang Abullah ( pengerusi AMANAH Kelantan ) di Lapangan Terbang Pengkalan Cepa. disambut oleh para penyokong dan pimpinan Amanah negeri Berbagai sepanduk menyatakan sokongan kepada bekas Exco Kanan Kerajaan Pas dibawah pimpinan Nik Aziz itu dipamerkan sebagai tanda sokongan kepadanya.
Konvoi kereta pacuan empat roda yang mengiringi Husam dari Pengkalan Chepa ke Pasir Puteh sebaik sahaja beliau tiba di Kelantan selepas menyertai Amanah.

Rombongan yang mengiringi YB Datuk Husam.

Selepas mengadakan sidang akhbar, Husam diiringi dengan puluhan buah kenderaan yang dilengkapi bendera Amanah ke Pasir Puteh untuk menghadiri majlis penubuhan 16 cawangan Amanah dalam Dun Limbongan.
Sebagai langkah awal, beliau terus merasmikan Penubuhan 16 cawangan itu sebagai simbolik kepada penerimaaan rakyat Kelantan khasnya bekas ahli Pas kepada Husam dan juga parti Amanah. Ini cukup memberikan tamparan kepada kepimpinan PAS, kerana tak sampai pun 72 jam setelah menyertai AMANAH sudah ada 16 cawangan yang di lancarkan. Tamparan Hebat.

Apakah ini petanda Husam akan memberi momentun baru 
kepada politik Kelantan? kita tunggu dan lihat saja.
Husam bercakap dalam program santai sambil minum kopi di Meranti Rantau Panjang, yang menyebabkan Adunnya tidak senang duduk.

Husam berucap dalam program santai sambil minum kopi 
di Meranti Rantau Panjang, yang menyebabkan Adunnya
 tidak senang duduk.
Satelah Husam di gagalkan di pemilihan parti di Kuala Selangor, kemudian di singkirkan dari PAS di sertai dengan berbagai-bagai kecaman dan kritikan serta andaian dibuat terhadap Husam, kononnya masa depan politik Husam sudah berakhir apabila beliau tidak bersama parti agama itu lagi. Tapi sebaliknya beliau mendapat sokongan dan dokongan dari berbagai-bagai pihak termasuklah juga dari kalangan veteran PAS itu sendiri.  Antara mereka seperti Aziz Hj. Mahmood yang juga mentor kepada YB Meranti. 

"Bagi saya Amanah adalah parti yang meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati oleh orang PAS sendiri. Anda menuduh barisan ini sebagai pengkhianat, sebenarnya pada hemat saya, pemimpin PASlah yang telah mengkhianati rakyat Malaysia," jelas Husam.

  Kata beliau, beliau nak tumpang bahtera Amanah dan mengucapkan selamat tinggal kepada bahtera PAS yang berpusing-pusing tak tahu mana arah tujuan.


"Selamat tinggal bahtera Pas. Saya hairan bagaimana ahli boleh duduk dalam bahtera yang berpusing-pusing," ujarnya.

Bersama bahtera Amanah dan mengucapkan selamat tinggal kepada
bahtera lama yang berpusing-pusing tak tahu mana arah tujuan



YB Dato Husam juga mendapat laluan mudah Cikgu Wan Rahim Wan Abdullah (pengerusi Amanah Kelantan) untuk berganding bahu dan mencurahkan pengalamannya bersama Husam bagi menggerakkan Amanah satu jaminan dan menandakan bahawa Amanah bakal menjadi wadah dan alternatif baharu kepada rakyat Kelantan. 

Husam adalah pemimpin masa depan dan boleh diberikan pengharapan untuk pembangunan negara.



Bersama bahtera Amanah dan mengucapkan selamat tinggal kepada
bahtera lama yang berpusing-pusing tak tahu mana arah tujuan


Pegesahan Cawangan Baru Amanah di Kelantan.

Implikasi dari kesediaan Pengerusi Amanah Negeri Cikgu Wan Rahim Wan Abdullah berkerjasama dengan Husam telah memberikan ruang untuk Amanah lebih aktif di Kelantan. Amanah bukan lagi sebuah parti asing di Kelantan, sudah tentu Amanah akan di jadikan alternatif kepada rakyat Kelantan.

Husam bergambar kenangan bersama aktivis Amanah di Banggol Setol Dun Meranti. Turut serta adalah ahli baru Amanah.Husam bergambar kenangan bersama aktivis Amanah di Banggol Setol Dun Meranti. Turut serta adalah ahli baru Amanah

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA