Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, September 4, 2016

HARI KEBANGSAAN - RENONGKAN AGENDA SAMBUTANYA




Semasa menonton teater Mencari Sumaiyah yang dipentaskan di Istana Budaya sempena 15 tahun penubuhan Puteri Umno. Di permulaan persembahan, dinyatakan metafora yang berbunyi lebih kurang seperti ini: “kita umpama benang, berbeza warna tapi ditenun bersama untuk dijadikan kain”.

Hasil gabungan tenunan benang-benang tadi mengambarkan perpaduan dalam masyarakat majmuk di Malaysia masa kini.


Sebagai routin, menjelang hari kemerdekaan Malaysia ke-59, maka berdentam dentumlah ayat serta laungan di sana sini pemimpin bercakap masallah perpaduan, Melayu, Cina, India, Kadazan, Sulu dan banyak lagi suku kaum di negara ini perlu di tekankan denga perlunya " perpaduan " dalam penghidupan harian rakyat.
Maka, menjadi terlalu klise untuk bercakap mengenai perpaduan sempena Hari Kebangsaan. Klise, terlalu klise. Isu perpaduan itu, klise.

So, cuba kita amati cara dan pengisian sambutan perayaan hari kebangsaan setiap tahun, kita bincangkan cara mana sambutan di adakan, adaah ianya meninggalkan nostalgia bagaimana kemerdekaan itu tercapai atau semata-mata untuk memenohi ruang berhibur sahaja.

Apa kata mulai perayaan kemerdakaan 2017 ditiadakan penganjuran konsert ambang merdeka atau forum perdana yang impaknya entah kan ada entah kan tidak. Apa kata bermula tahun depan, tidak perlu lagi konsert yang hanya menganjurkan pesta maksiat dan hedonisme semata-mata.

Tak ada kesan apa pun dan sebenarnya konsert seperti itu tidak ada kena mengena langsung dengan kemerdekaan. Merdeka apa ya, sekadar menyanyi sikit-sikit lagu yang kononnya patriotik, mungkin bersajak serba sederhana dan kemudian diakhiri pertunjukan bunga api dengan laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Rakyat Malaysia terutama generasi pasca kemerdekaan ditunjukkan bagaimana proses kemerdekaan berlaku. Tunjukkan pada mereka rentetan kisah demi kisah apa sebenarnya kejadian dalam negara ketika berada dalam cengkaman penjajahan.




Gambaran di atas amat menyedihkan sekali di mana
pemimpin negera tanpa segan silu menari di khalayak ramai selepas
perarakan kemerdekaan. Amat memalukan.

Maksudnya begini, sambutan hari merdeka di negara ini sewajarnya disambut dalam satu bentuk lakonan. Negara ini jadi pentas besarnya dan rakyat jadi pelakon. Orang Malaysia kan ramai yang pandai berlakon, daripada peringkat atasan hinggalah golongan marhaen, bakat berlakon seolah-olah ada dalam darah masing-masing.
Sila jangan keliru. Lakonan yang saya maksudkan di sini ialah, kenakan perintah berkurung di rumah (pada masa tertentu, pastinya), ala-ala zaman darurat. Dua, tiga hari sebelum 31 Ogos, turunkan lebih ramai askar dan polis berkawal di pusat bandar. Arahkan mereka membuat pemeriksaan kad pengenalan dalam pengangkutan awam – sama seperti yang pernah berlaku pada zaman tok nenek kita dulu, ketika Tanah Melayu dicemari askar Jepun.


Apakah cara ini, menerapan nilai-nilai kemerdekaan
untuk generasi muda?

Dalam tempoh itu, mungkin boleh diselitkanlah dengan flash mob di pusat bandar dengan gambaran seperti negara yang sedang dirundung sedih kerana dijarah orang jahat.
Pada masa sama, tayangkan semula klip-klip video zaman dulu kala tentang kekacauan di negara ini menerusi siaran TV. Dan jangan lupa rakaman ucapan para pejuang kemerdekaan juga perlu ditunjukkan untuk dijadikan pengukuhan, dengan harapan rakyat Malaysia, terutama golongan muda tahu menghargai hasil tuaian nilai merdeka yang dinikmati sekarang.

Pastikan juga rakaman video berkenaan ditayangkan berulang kali, beberapa hari sebelum menjelang merdeka supaya ia menggerakkan hati rakyat. Biar sampai muak orang menontonnya, asalkan ia terkesan di jiwa mereka.

Generasi muda amat perlu di dedahkan dengan rasa dan cara mana negara kita mendapat kemerdekaan tersebut. Apakah dengan berbasikal berkempulan itu lambar kemerdekaa?  penoh dengan konsert juga cara kita dapat kemerdekaan?

Cuba anda fikir, fitrah manusia ialah kita sukar menghargai sesuatu yang kita ada sehinggalah ia diambil pergi daripada kita. Begitu juga kemerdekaan. Generasi muda lahir ke tanah bertuah ini dengan status bebas, bukan hamba yang terantai pada sesiapa.
Maka, logiknya mampukah mereka menghargai kebebasan itu, sedangkan mereka tidak pernah tahu bagaimana rasa kehilangan ‘merdeka’ dalam hidup masing-masing.
Jadi, mereka perlu dikejutkan dengan cara yang keras supaya belajar mensyukuri kemerdekaan dan nilai kebebasan yang diwarisi hasil kerja keras rakyat Malaysia terdahulu.

Pastinya ramai yang tidak tahu kesungguhan rakyat terdahulu yang sanggup berkorban harta, menyerahkan emas permata supaya almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dapat ke London mendesak untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Dan pastinya ramai yang tidak dapat membayangkan apa rasanya jerih berteman air mata, hati bersawang kebimbangan tak boleh tidur dan malam terasa amat panjang kerana takut dibunuh penjajah. Betul, kan?

Mungkin agak sukar untuk melakukan perkara tersebut tapi ianya dapat merealisalikan kaedah dan perdebatan untuk kemerdekaan tersebut. Hentikan konsert mengarut di ambang merdeka kerana ia hanya menguntungkan golongan kapitalis.
Sedangkan anak muda kita terus alpa, tak tahu apa itu merdeka, malah tidak pernah peduli apa yang tercatat dalam sejarah. Yang mereka tahu hanya terkinja-kinja di ‘Dataran Merdeka’.

Semoga Tuhan merahmati bumi Malaysia. Selamat Hari Kebangsaan ke-59 dan tolonglah fahami yang hari ini membawa maksud besar pada negara, bukan sekadar cuti umum semata-mata.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA