Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, June 18, 2016

WANG TEBUSAN - ZAHID BUAT SILAP



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berhak untuk menyalurkan RM12 juta yang dikutip untuk tujuan membebaskan tebusan Sarawak dan seharusnya mengembalikan wang berkenaan kepada keluarga mangsa dan orang ramai.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Jacob George berkata, wang itu milik keluarga serta orang awam yang membantu keluarga tebusan sebelum ini.
"Ini bukan wang kerajaan, jadi siapakah Ahmad Zahid yang membuat keputusan untuk menyalurkan  wang tersebut kepada badan Islam? Ini adalah kemuncak sikap tidak bertanggungjawab dan ia tidak boleh diterima.
"Ini juga memalukan Islam dan semua agensi Islam," berkata Jacob kepadaMalaysiakini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri bahawa wang yang dikumpulkan untuk membayar tebusan berkenaan telah disalurkan kepada badan  Islam tertentu di Filipina.

Pada masa yang sama, Zahid turut mengesahkan wang yang diperolehi itu adalah sumbangan orang ramai dan jualan aset keluarga mangsa.
"Kerajaan memutuskan untuk tidak membayar wang tebusan berkenaan, dan polis akur perintah ini," kata Zahid, memetik laporan Berita Harian, semalam.
Namun, kata Jacob, keputusan kerajaan untuk menyalurkan wang hanya akan merangsang lebih banyak penculikan di perairan Sabah.
Tambah beliau, orang ramai tidak akan percaya Kementerian Dalam Negeri selepas itu berikutan  'tindakan' sedemikian.
"Bagaimana anda boleh harapkan kita untuk mempercayai orang seperti ini dalam soal keselamatan negara selepas apa yang mereka lakukan.
"Ahmad Zahid harus meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan berterus terang mengenai apa yang sebenarnya telah berlaku, siapa yang membuat keputusan berikan wang kepada pertubuhan tersebut. Kami mahu kebertanggung jawaban." katanya.
Beliau turut mendesak para pemimpin untuk berhenti mengeluarkan kenyataan sehingga mereka telah mendapat semua maklumat yang betul bagi mengelakkan kekeliruan.
MKini


1 comment:

  1. Rakyat di Kuala Kangsar dan Sg Besar sangat suka pemimpin macam Najiblis dan Zahidjahil.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA