Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, June 17, 2016

SIDANG AKHBAR - PEGAWAI KHAS ROSMAH KURANG AJAR.....

PEGAWAI KHAS ROSMAH KURANG ETIKA, 
BAGAIMANA KALAU SIDANG MEDIA NAJIB ATAU ZAHID HAMIDI DISERBU JUGA?

Rizal Mansor, pegawai khas Rosmah Mansor mungkin menganggap tindakannya menyerbu dan ingin hadir sama dalam sidang media Rafizi Ramli sebagai tindakan yang betul dan mampu menampilkannya sebagai hero.

Malangnya, tindakan itu lebih memperlihatkan imej kebudak-budakan, terdesak dan ketidakmampuan untuk terus melawan hujah dengan hujah dalam isu yang dibangkitkan oleh Rafizi iaitu berkaitan pembaziran isteri Perdana Menteri.

Dalam masa yang sama, perlakuan menyerbu sidang media itu juga secara tidak langsung turut  memalukan Rosmah yang merupakan bos dan payung tempatnya bernaung.

Meskipun Rizal mengatakan tindakannya dilakukan tanpa pengetahuan Rosmah, tetapi tanggapan umum tentunya mengatakan Rosmahlah yang meminta atau setidak-tidak menggalakkannya berbuat demikian. 

Dengan yang demikian, Rosmah yang sudah calar balar imejnya dengan pelbagai isu dan kelakuan, semakin koyak rabak gambarannya di mata umum.

Lebih buruk, jika benar Rizal mengatakan tindakannya hanya untuk hadir dan mencatat apa yang akan didedahkan Rafizi, mengapa perlu membawa puluhan pengiring yang seolah-olah mahu membuat kacau dalam sidang media itu?

Sidang media yang dibuat Rafizi untuk mendedahkan pembaziran Rosmah berkaitan penggunaan jet adalah isu politik yang hanya perlu dilawan dengan hujah dan penjelasan, bukannya dengan serbuan, tindakan ala samseng atau perlu dibahas secara berdepan.

Jika dalam sekian banyak pendedahan Rafizi sebelum ini Rizal boleh menjawab dan memberi penjelasan dengan tenang, mengapa tiba-tiba perlu untuk menghadirkan diri?

Apakah Rizal sudah tidak mampu lagi tampil dengan jawapan dan penjelasan atau semakin tertekan dengan satu demi satu pendedahan yang dibuat oleh Rafizi?

Mengapa cuba hadir dalam sidang media orang lain tanpa diundang dan turut  membawa ramai pengiring?


Walaupun Zahid Hamidi menggambarkan tindakan Rafizi itu sebagai tidak ada keberanian dan seolah-olah takut berdepan dengan kebenaran, etika mana yang digunapakainya?

Sudahkah sebelum itu Rizal terlebih dahulu memohon secara baik untuk hadir dalam sidang media itu?

Atau mengapa tidak diajak Rafizi mengadakan sidang akhbar bersama berkaitan isu Rosmah?

Namun demikian, jika pun semua permintaan itu tidak dilayan oleh Rafizi, dari segi etikanya tiada keperluan sama sekali untuk Rizal menyerbu dan hadir sama kerana beliau mempunyai banyak ruang untuk menjawab dan memberi penjelasan, tambahan lagi semua media arus perdana, media baru dan televisyen sedia menyiarkan jawapannya secara besar-besaran.

Biarkan saja Rafizi membuat sidang akhbarnya dan beberapa jam kemudian jawablah dengan tenang dan jika tuduhannya berupa fitnah, saman di mahkamah?

Jadi, kenapa perlu begitu kalut dan mempamerkan kepada umum dirinya yang berboskan Rosmah seperti sedang terdesak?

Dalam pada itu, jika Rafizi dikatakan tiada keberanian kerana tidak membenarkan kehadiran Rizal, adakah Rosmah sendiri sedia membenarkan Rafizi hadir dalam mana-mana sidang akhbar yang diadakannya?

Di masa yang sama, apakah Najib atau Zahid Hamidi sendiri misalnya begitu berani dan sedia membenarkan individu seperti Khairuddin Abu Hasan atau Anina Saadudin terpacul dalam  sidang media mereka?

Kenapa Najib  begitu takut dengan soalan-soalan media asing sehingga ada yang dihalau keluar meninggalkan negara hanya kerana bertanyakan soalan kepadanya?

Kenapa juga Najib sendiri tiada keberanian berdepan dengan Tun Mahathir dalam program NothingToHide sebelum ini?

Jauh untuk dilihat sebagai berani, Rizal sebaliknya melalui tindakannya itu umpama membaling "boomerang" yang lebih mengingatkan orangramai mengenai beberapa siri ketidakberanian Najib dan sekaligus juga menambahburukkan lagi  imej Rosmah. (SH 16/06/2016).

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA