Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, June 3, 2016

DSAI - KERANA ANAK HAKIM TARIK DIRI




KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) menarik diri dari mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri, anak-anak dan empat cucunya bagi mencabar keputusan penjara yang tidak membenarkan anggota keluarganya melakukan sentuhan fizikal ketika melawatnya di penjara. 




Hakim Datuk Hanipah Farikullah ( gambar ) mengumumkan keputusan itu hari ini dalam kamarnya yang dihadiri peguam Shahid Adli Kamarudin yang mewakili Anwar dan keluarganya dan Peguam  Kanan Persekutuan, Maisarah Johari bagi pihak Jabatan Penjara.


Ketika ditemui pemberita, Maisarah memberitahu, Hanipah membuat keputusan itu dengan alasan bahawa anak perempuannya belajar di sekolah yang sama dengan anak perempuan Anwar iaitu Nurul Nuha.

Menurut beliau Nurul Nuha merupakan salah seorang daripada pemohon yang memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman itu.

Hanipah juga menetapkan 15 Julai ini untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, untuk menentukan hakim lain bagi mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman itu.

Dalam permohonan yang difailkan pada 18 Mei lalu, Anwar,  68, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 63, dan empat anak perempuan mereka Nurul Izzah, 35, Nurul Nuha dan empat cucu selaku pemohon menamakan Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara dan Menteri Dalam Negeri selaku responden.

Mereka mendakwa penafian sentuhan fizikal ketika lawatan di penjara oleh responden adalah tidak munasabah, tidak sah dan melanggar Akta Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000 serta Artikel 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Anwar melalui surat peguamnya bertarikh 2 Mac 2016 telah memohon kepada kesemua responden untuk membenarkan sentuhan fizikal semasa lawatan keluarganya sebaliknya permintaan itu ditolak melalui surat bertarikh 14 Mac 2016.

Sehubungan itu mereka memohon perintah mahkamah bahawa keputusan Pengarah Penjara Sungai Buloh (Responden Pertama) dibatalkan melalui satu perintah certiorari; serta perintah mandamus yang mewajibkan responden untuk membenarkan sentuhan fizikal antara  Anwar dengan ahli keluarganya setiap kali sesi lawatan di penjara.

1 comment:

  1. Dinafikan hak untuk sentuh isteri anak dan cucu. Semoga golongan zalim dilaknati Allah swt.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA