Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, May 30, 2016

RUU355 - KENAPA HJ HADI " U TURN "



Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian mengenai Hudud hari ini buat pertama kalinya dibenarkan untuk dibentangkan di sidang Dewan Rakyat, selepas ia dipercepatkan untuk dibahaskan. 

Usul untuk mempercepatkan RUU itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina di bawah Peraturan Mesyuarat 14(2) supaya ia dapat dibentangkan di persidangan hari ini

Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan RUU dibentangkan selepas lebih suara Ahli-Ahli Parlimen bersetuju membahaskannya menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1).

Namun demikian, pembawa usul RUU tersebut, iaitu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengejutkan dewan persidangan memohon supaya usul itu ditangguhkan.

"Saya mohon supaya usul ini ditangguhkan dan dibawa ke mesyuarat akan datang mengikut Peraturan Mesyuarat 15 (5)," katanya semasa persidangan dewan hari ini.

RUU mengenai hudud hari ini muncul semula dalam kertas perintah Parlimen.

Hari ini merupakan hari terakhir persidangan Dewan Rakyat.

RUU itu, disenaraikan sebagai agenda No 15, iaitu yang terakhir dalam kertas perintah Parlimen.

RUU itu pernah dicadangkan oleh Abdul Hadi pada 7 April dan 17 Jun 2015 di Dewan Rakyat tetapi ia tidak dibahaskan.

RUU itu bertujuan untuk meminda undang-undang persekutuan, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, untuk pelaksanaan undang-undang Hudud untuk orang beragama Islam di Kelantan dan negeri-negeri lain. 

Bagaimanapun katanya semasa ditanya tentang sebab pembentangan RUU itu ditangguhkan. "Beri peluang masa kepada ahli-ahli (Parlimen). Hari ini dah nak habis dah,"

Menurut Abdul Hadi, apa yang penting adalah kerajaan membenarkan RUU dibahaskan dan "yang keduanya akan datang."

Katanya lagi, usul ini ada kaitan dengan usaha menaik taraf mahkamah syariah dan hanya melibatkan kalangan umat Islam.

"Ini usul berkait dengan menaikkan taraf mahkamah syariah. Baru dibentangkan.

"Ini kali keempat saya kemukakan. Sejak 1995. Ini berkait dengan orang Islam sahaja. Tak ada hal dengan orang bukan Islam," katanya.

Laporan dari AstroAwani


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA