Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, May 29, 2016

PAS TERUSKAN PERJUANGAN, AZMIN TERUS MERANA....

PRK Sungai Besar: Azmin, jangan beri muka kepada Pas, pengundi keliru

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang terus mengundang kekalutan politik tanah air. Ungkapan ‘lebih baik Pas mengembala lembu Umno daripada babi DAP’ walaupun dinafikan kemudiannya dilihat tetap mengundang persepsi buruk masyarakat bukan Melayu terhadap agama Islam itu sendiri.
Pada masa sama, ‘ribut di cawan kopi’ antara Hadi dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilihat hanya menjejaskan fokus Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, 18 Jun ini.

Calun BN

Terbaharu, apabila Azmin dengan nada sindiran bersimpati dengan Hadi kerana dianggap tidak tahu apa yang berlaku dalam parti diterajui Ahli Parlimen Marang itu sendiri.
Nafi pertemuan
Hadi pula sebelum ini menafikan adanya pertemuan Pas dengan Azmin walaupun Menteri Besar Selangor tersebut mendakwa sudah ada dua kali pertemuan dengan kepimpinan Pas.
Sikap Pas yang berdolak-dalih serta mengelirukan ini bukan satu gejala yang baharu. Situasi yang dianggap banyak pihak sebagai ‘u-turn’ atau ‘pusing roundabout tak henti’ inilah punca yang membawa kepada perpecahan Pas dengan kemuncaknya kematian Mursyidul Am parti itu, Tuan Guru Nik Aziz pada 12 Februari tahun lalu.
Kecenderungan Azmin yang dilihat masih menagih kasih Pas jika berlanjutan dibimbangi hanya akan merencat keyakinan majoriti rakyat daripada kelompok atas pagar dan tidak berparti terhadap Pakatan Harapan.
Tindakan terus melayan keegoan Pas dibimbangi boleh menimbulkan tanggapan umum bahawa pembangkang sedang berdepan masalah kritikal walhal Pakatan Harapan dan Pas melalui Blok Ketiga yang dibanggakannya adalah dua entiti berlainan.
Sudah tiba masa Azmin harus tegas memilih untuk terus memperkukuh Pakatan Harapan bukan lagi masih terus ‘memberi muka’ kepada Pas setelah memecahkan Pakatan Rakyat.

Calun-calun PAS


Hanyut dalam politik
Meninggalkan Pas untuk parti itu hanyut bersama perangai bodoh sombong mereka itu lebih praktikal. Sebaliknya, melayan Pas yang tidak tentu hala tuju politik dengan kenyataan yang berubah-ubah hampir setiap hari tidak memberi faedah kepada masa depan Pakatan Harapan.
Slogan Pas kononnya ‘istiqamah hingga kemenangan’ dilihat hanya retorik kosong yang sama sekali tidak seiring dengan strategi bersatu hati dalam gabungan pembangkang sedia ada – Pakatan Harapan.
Selain BN, Pas pada masa ini hanya ancaman kepada Pakatan Harapan seperti telah terbukti pada musnahnya Pakatan Rakyat sebelum ini yang berpunca daripada pendirian politik lintang-pukang Pas.
Sikap PKR khususnya Azmin yang mungkin menganggap Pas penting hanya akan memporak-perandakan kerajaan negeri Selangor seterusnya Pakatan Harapan menjelang PRU14 ini.
Kekuatan akar umbi tak relevan
Tanggapan sesetengah pimpinan PKR kononnya Pas diperlukan kerana kekuatan akar umbi sudah tidak relevan lagi pada masa ini memandangkan trend kepimpinan Pas yang lemah lagi melemahkan kemaraan gabungan pembangkang untuk menumbangkan rejim Umno-BN.
Sebaliknya, PKR harus membulatkan tekad menyokong dan bekerjasama dengan Amanah yang diterajui Mohamad Sabu kerana lebih relevan dengan mood perubahan rakyat.
Bahkan, dakwaan tentang kekuatan akar umbi Pas termasuk kuantiti dan kualiti jentera pilihan raya di segenap peringkat juga pada masa ini sebenarnya sudah berada dalam lipatan sejarah.
Ramai ahli Pas kini dipanggil ‘harum manis’ iaitu di luar nampak hijau – Pas tetapi pandangan politik cenderung kepada ‘oren’ – Amanah.
Mereka yang tidak senang dengan wajah Pas hari ini hanya menanti masa untuk berhijrah kepada Amanah dan langkah itu dijangka lebih cepat jika beberapa pemimpin Pas seperti Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar berbuat demikian terlebih dahulu.
Mesyuarat tak cukup korum
Buktinya, bukan satu rahsia lagi, apabila banyak mesyuarat Pas di peringkat cawangan dan kawasan bermasalah lantaran tidak cukup ahli.
Sebahagian besar kekuatan itu bersama anggota yang rajin ‘buat kerja’ sudah berpindah kepada Amanah ditambah gandingan barisan pemimpinnya yang teguh tekad politik mereka jauh berbeza dengan Pas.
Hal ini dapat dilihat pada kepimpinan Pas yang berdepan krisis budaya politik keliru dan lagi mengaibkan sejak penyingkiran pemimpin yang profesional dan rasional pada muktamar Pas tahun lalu.
Hanya yang tinggal dalam Pas pada masa ini ulamak dalam bidang agama manakala ulamak dalam bidang lain pupus dan jika ada pun, peranan mereka sudah terpencil.
Lihat saja reaksi penyokong Pas pada status Facebook Naib Presiden parti itu, Datuk Iskandar Abdul Samad tentang perlunya seorang bapa mendapatkan pandangan anak-anak walaupun mempunyai kuasa ‘veto’. Rata-rata komentar mereka mengecam Iskandar kerana menganggap Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga bekas arkitek dan pensyarah itu menyindir Presiden Pas.
Justeru, PKR perlu segera kembali fokus kepada Amanah dan DAP yang merupakan rakan komponen Pakatan Harapan. Hentikan daripada melayan Pas jika tidak mahu melihat pengundi jemu atau keliru ketika hari semakin menghampiri Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Malaysia dateline

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA