Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, May 4, 2016

PENGIRING TUN M - NGAPE PDRM TIDAK TPM....


Kelihatan agak janggal bila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan menyerahkan kepada Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar untuk mengeluarkan kenyataan berhubung penarikan khidmat polis pengiring ke atas  bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Zahid mewajarkan tindakannya dengan berkata, "ini kerana berkaitan pihak polis, saya lazimnya tidak terlibat dalam soal operasi, saya hanya terlibat dalam soal dasar saja."

Bolehkah diterima soal menarik khidmat polis pengiring itu semata-mata soal operasi dan tiada kaitan dengan dasar?

Kalau ia pun berkaitan operasi, ia tentulah tidak seperti operasi polis tangkap pencuri, cegah jenayah atau operasi mengesan kecuaian pemandu di jalanraya yang menyebabkan Menteri Dalam Negeri tidak boleh bersuara sama sekali?

Bukankah dalam soal penarikan khidmat polis pengiring itu, Menteri Dalam Negeri lebih sesuai bercakap mengenainya berbanding Ketua Polis Negara, lebih-lebih lagi yang menjadi subjek ialah seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri?

Mengapa Zahid perlu mengelak? Mengapa seolah-olah takut untuk berterus terang membela Najib dan kerajaan dalam keputusan menarik polis pengiring itu?

Kenapa beliau tidak seberani Nazri Aziz yang secara terbuka mengatakan penarikan polis pengiring itu merupakan tindakan yang tepat berikutan Tun Mahathir sekarang tidak sehaluan lagi dengan kerajaan yang dipimpin oleh Najib.

Main selamat ke? Atau dah letih membela Najib?

Yang rakyat ingin tahu juga ialah siapakah memberi arahan berkenaan penarikan khidmat polis pengiring itu?

Apakah ianya datangnya daripada Najib, Zahid atau "pandai-pandai" Khalid melakukannya berdasarkan operasi polis?

Oleh kerana ramai yang menyalahkan Najib berhubung penarikan khidmat polis pengiring itu, terutamanya kerana Zahid dan Khalid tidak bermusuh secara langsung dengan Tun Mahathir, apakah dengan menyerahkan kepada Ketua Polis Negara mengeluarkan kenyataan berkenaan dengannya, bermakna Zahid tidak mahu terpalit apa-apa dengannya?

Apakah jauh di sudut hatinya, Zahid turut simpati dengan Tun Mahathir sebagai negarawan yang sudah berusia 91 tahun diperlakukan sedemikian rupa, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa selain menyenyapkan diri sahaja? (SH 04/05/2016).

APA REAKSI KELAB VETEAN UMNO?


Veteran UMNO membantah keputusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik balik kemudahan polis pengiring yang disediakan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub ( gambar ), berkata ia adalah satu tidak wajar kerana polis pengiring disediakan atas sifat Dr Mahatahir selaku bekas Perdana Menteri.
Oleh itu beliau meminta pihak berwajib supaya melihat kembali perkara itu dan sewajarnya ia dikekalkan.
“Kemudahan polis pengiring kepada Dr Mahathir adalah atas sifat beliau sebagai mantan Perdana Menteri. Penarikan kemudahan itu  adalah sesuatu yang tidak wajar.
“Berbeza dengan jawatan Penasihat Petronas dan PROTON yang mewajarkan kerajaan menggugurkannya setelah Dr Mahathir tidak lagi menyokong kerajaan yang ada sekarang.
“Jadinya, kemudahan polis pengiring itu patut kekal kerana beliau adalah mantan Perdana Menteri,” katanya di laman sosial Facebook.
Sebelum ini khabar angin bertiup kencang mengenai keputusan PDRM untuk menarik balik polis pengiring kepada Dr Mahathir.
Keputusan itu dibuat dipercayai berpunca daripada tindakan Dr Mahathir yang berterusan menyerang kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.
Wartawan Watan-Online

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA