Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, March 16, 2016

PAS - DAH SEDAR DARI KESILAPAN....

PAS Makin Cacar Merba.. Ini Buktinya. Pas perlu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan peranan Pas dalam blok ketiga supaya perpecahan seperti tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah) hingga melemahkan Pas pada ketika ini, tidak berlaku lagi.

Pemangku Yang Dipertua Pas Kota Bharu, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, pengumuman yang dibuat mengenai kerjasama blok ketiga tersebut telah mengejutkan banyak pihak.

“Sejurus itu juga beberapa parti  membuat penafian akan penglibatan mereka dengan blok ini. Malah, pengumuman itu pastinya juga menyebabkan ahli di akar umbi terpinga-pinga.

“Selepas terkuburnya Pakatan Rakyat pada Muktamar Pas Pusat yang terakhir di Kuala Selangor, bila pula kita mahu bincangkan secara serius akan penubuhan blok pembangkang yang baharu ini?

Bukankah menjadi kebiasaan kepada Pas untuk mengadakan muktamar khas bila mana satu keputusan besar ingin dibuat?” katanya.

Menurutnya, walaupun Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat kuasa dalam sebarang keputusan dan pertimbangan berdasarkan Fasal 26 (9) Perlembagaan Pas, perbincangan juga perlu diadakan,

PAS Makin Cacar Merba.. Ini Buktinya

"Fasal itu memberi kuasa kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat ''membuat pertimbangan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan Pas dan membuat keputusan mengenainya setelah dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama.'' 

Namun begitu, perlulah diambil kira bahawa Muktamar Pas Pusat adalah kuasa tertinggidalam parti Islam ini sejajar dengan perlembagaannya," katanya.

Katanya, Pas  perlu mengambil iktibar pengalaman tahaluf sebelum ini dalam membuat sebarang keputusan. 

“Mungkin banyak pertimbangan telah dibuat dan memerlukan keputusan yang cepat sejajar dengan cepatnya perkembangan politik tanah air sehari dua ini, namun pengalaman daripada tahaluf dan usaha sama lepas hingga berlaku perpecahan dalaman perlu dijadikan pedoman.

“Dan tentunya yang paling banyak menyimpan kenangan pahit manisnya adalah ahli-ahli di akar umbi,” katanya.
Addin:
Setelah tertubuhnya blok ke 3 ni, bagaimana pula dengan kebersamaan PAS di kerajaan negeri Selangor? Betul - betul  dah jadi cacar merba PAS ni..

1 comment:

  1. Aku rasa PAS patut studi mcm mn Arqam dulu develop jamaah diaorg. Cuma pengisian ilmunya perlu berteraskan ASWJ.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA