Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, March 17, 2016

NAJIB - KINI SERANGAN BERMULA -17

Kini jelas, negara sedang menuju ke kemusnahan dalam pengurusan dan pentadbiran, setelah negara di serahkan kepada kepimpinan Najib, Najib berjaya meletakkan negara dalam berbagai-bagai isu, salah guna kuasa, rasuah, pembunuhan dan berbagai lagi, dan bagi Najib pula untuk memastikan beliau sentiasa dalam keadaan " benar " secara langsung telah melibatkan " staf " kerajaan secara langsung.
Dengan terbitnya isu 2.6b. rakan sekabinate di berhentikan, pegawai khusus dari SPRM, Bank Negera, badan kehakiman di tukar ganti dengan pegawai yang boleh memihak kepada pentabirannya.
Bukan itu sahaja, parti pimpinannya juga menjadi kecoh, kini UMNO sudah di jadikan bahan momokan rakyat, menteri memperlihatkan kebodohan masing-masing, bagi mereka " survival " dalam penghidupan di perlukan. Kini yang terbaru......... Peguam negara akan di hakimkan....

Majlis Peguam memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Dalam permohonan itu Majlis Peguam memohon perintah Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan Apandi pada 26 Januari lalu 'membersihkan' Najib dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan mereka.

Badan peguam itu juga mahu mahkamah menghalang peguam negara daripada membuat sebarang keputusan lanjut berhubung perkara itu, selain membenarkan peguamcara negara memutuskan hal berkenaan, termasuk sama ada mendakwa Najib atau tidak.
Turut disebut, Majlis Peguam memohon perintah mahkamah membenarkan SPRM meneruskan siasatan dalam kes yang diarah tutup oleh Apandi sebelum ini.
"Majlis Peguam berpendapat kuasa pendakwaan berdasarkan budi bicara pada peguam negara mengikut Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan tidak bersifat mutlak atau tidak terbatas, dan pengamalan kuasa ini boleh dicabar melalui semakan kehakiman.
"Skop dan ruang kuasa budi bicara, dan sama ada kuasa itu dilaksanakan mengikut undang-undang berdasarkan fakta kes perlu ditentukan oleh mahkamah," kata Presiden Majlis Peguam Steven Thiru dalam kenyataan hari ini.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA