Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, March 2, 2016

NAJIB - KINI SERANGAN BERMULA - 11

Tindakan bekas Peguam Negara Tan Sri AbdulGani Patail yang memilih untuk menutup mulut menguatkan hujah bahawa beliau ada memberitahu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam isu dana RM42 juta milik SRC International yang disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataannya itu berdasarkan hakikat bahawa Gani Patail tidak menafikan dakwaan Muhyiddin yang berkata wujudnya salah laku dalam urus niaga berkenaan.

“Pendirian Gani Patail mendiamkan diri membuktikan kenyataan Muhyiddin yang mendedahkan beliau memberitahu Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri semasa masih menjawat jawatan peguam negara adalah benar.

“Jika pendedahan Muhyiddin itu adalah fitnah terhadap Ghani sudah tentu beliau boleh menafikan kenyataan Muhyiddin dan mengambil tindakan saman fitnah terhadap Muhyidin,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, penyingkiran Muhyiddin dan juga Gani Patail adalah tindakan pintas dan pantas Najib menghalang pendakwaan terhadap dirinya.

Pendedahan terbaru oleh Muhyiddin itu, katanya, bertepatan saranan panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengarahkan suruhanjaya itu mengemukakan semula kertas siasatan kes SRC kepada peguam negara.

“Ini membuktikan PPO mendapati terdapat bukti kes untuk pendakwaan terhadap Najib.

“Pendedahan Muhyiddin juga suatu bukti menunjukkan peguam negara sekarang telah mencalar nama baik institusi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang melantik beliau.

“Pendedahan itu juga menyebabkan persepsi umum yang peguam negara melindungi penjenayah?” katanya.

Muhyiddin membuat pendedahan itu sehari selepas dirinya digantung sebagai timbalan presiden Umno.

Lagi Bukti Dakwaan Gani Patail Benar Tersebar?

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA