Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, March 5, 2016

KJ - READY FOR NAIB PRESIDEN UMNO



gambar hiasan


Kuala Lumpur – Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dikatakan membelanjakan tidak kurang daripada RM2 juta ringgit untuk menaja semua ketua-ketua pemuda Umno Bahagian menunaikan umrah.

Sumber Pemuda Umno yang dihubungi SuaraTV itu berkata, atas sebab yang tidak dinyatakan Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan telah bersetuju untuk menaja pakej ‘percutian’ tersebut.

“Pada awalnya KJ (Khairy) berhasrat membawa mereka semua (Ketua Pemuda Umno Bahagian) bercuti di Perth Australia namun membatalkan hasrat tersebut kerana dikhuatiri akan menjadi isu sekiranya percutian tersebut diketahui umum.

“Atas nasihat rakan-rakannya, mereka kemudiannya menukarkan perancangan tersebut dengan pakej menunaikan umrah dan cara itu masyarakat akan lebih bersimpati dan tidak mempertikaikan isu tersebut. Kesemua mereka telah bertolak semalam dan dijangka pulang pada 10 Mac ini,” katanya lagi yang meminta agar identitinya dirahsiakan sentar tadi.

Menurut sumber yang turut ditawarkan untuk mengikuti ‘percutian’ umrah tersebut, kesemua ahli rombongan turut mendapat wang saku kira-kira RM2,000.

“Hampir semua ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian yang pergi, cuma ada sebilangan kecil yang tidak dapat pergi kerana ada yang mempunyai masalah untuk mendapatkan cuti, ada yang terpaksa menghadiri urusan lain dan ada enggan terlibat dengan ‘percutian’ tersebut kerana khuatir dengan sumber kewangan yang digunakan.

“Mereka yang pergi bukan sahaja menerima tajaan penuh namun turut menerima wang poket untuk dibelanjakan sepanjang berada di sana. Kalau dicampur keseluruhan kos perjalanan, wang sagu dan perbelanjaan lain tidak kurang dari RM1.4 juta telah digunakan untuk menaja ‘percutian’ tersebut. Namun isu yang timbul ialah mana KJ dapay duit yang sebegitu banyak? soalnya pula.

Sementara itu Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin melahirkan rasa kesal dengan tindakan itu sambil menyifatkan ia sebagai ‘budaya baru’ Umno untuk menjaga kepentingan politik.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara ini kerana pada awalnya saya menjangkakan Menteri Belia Sukan hanya mengekori rombongan Perdana Menteri ke tanah suci namun rupanya beliau membawa satu rombongan yang besar (terdiri daripada) ketua-ketua Pemuda yang ditaja sepenuhnya ditambah dengan perbelanjaan sepanjang mereka disana.

“Pada saya ini merupakan ‘budaya baru’ yang dibawa di dalam Umno kerana sebelum ini kita tahu dia (KJ) mengunakan macam-macam cara untuk menjaga karier politiknya di dalam Pemuda tapi apabila ibadah umrah pun digunakan kepentingan peribadi dan politik ia merupakan satu perkembangan yang tidak sihat

Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegubard turut melahirkan rasa kecewa apabila melihat ibadah suci bagi umat Islam ini dijadikan alat dagangan demi menjaga kepentingan politik dan jawatan.

“Saya terkejut dan kesal dengan tindakan ini yang sanggup mempergunakan ibadah umrah ini untuk memastikan Pemuda Umno mengikut cakapnya, ia satu yang amat mengecewakan. Seperti yang kita tahu budaya untuk mengawal dan mengepung undi memang telah lama berlaku di Umno, jadi saya tidak menolak tajaan percutian ini ada ‘berbau’ untuk memastikan beliau menang dalam pemilihan jawatan sebagai Naib Presiden Umno kelak.

“Namun apa yang sangat saya dikesali apabila ibadah umrah yang merupakan antara kemuncak bagi umat Islam beribadah di tanah suci ini akhirnya hanya menjadi bahan dagangan kerana kepentingan politik. – SuaraTV

4 comments:

  1. Janganlah kita menjadi agen penyebar fitnah. Kalau betul dapat dosa, kalau salah lagilah berdosa. Dosa keatas manusia adalah dosa yg paling susah utk diampunkan kecuali mendapat pengampunan dan kemaafan dari yg kena fitnah. Takutilah اَللّهُ اَكْبَرُ . اَللّهُ اَكْبَرُ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maka takut lah 'CASH IS KING' bertukar menjadi 'CASH IS GOD'

      Delete
  2. Al-Quran Dan Tafsir

    Hukum Menabur Fitnah Dan Menyebarkan Keburukan Orang lain

    *****

    Rasulullah SAW menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?"

    Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!".

    Kemudian beliau ditanya lagi, "Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar?"

    Jawab beliau, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika hal itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (kebohongan besar)." ~ Hadits Riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi.

    **

    Ghibah maksudnya menyebutkan keburukan orang lain meskipun benar.

    Buhtan maksudnya memfitnah dan menciptakan keburukan orang.

    Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah kecuali dia mengingkari dengan lidah atau menerima dengan hatinya (yakni tidak menyampaikan cerita itu).

    Bila ada kesempatan, maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan yang lebih manfaat.

    **

    Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, celaan, tulisan atau gelar yang berbaur hinaan.

    Mendengarkan ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah. Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan diberikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya.

    **

    Islam mengharamkan dan melarang ghibah karena bisa mengakibatkan putus ukhwah, rusak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib dan lahir kehinaan.

    Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka jahanam sejauh antara timur dan barat." ~ Riwayat Muslim

    ReplyDelete
  3. BUDAK PENCURI TINGKAT 4 NI.BUKAN DUIT DIA PUN UNTUK TAJA UMRAH TAK PAHALA TU

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA