Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, March 4, 2016

NAJIB - KINI SERANGAN BERMULA 12

Menteri Saudi: Dana dalam akaun PM Malaysia Najib adalah pelaburan, bukan derma. 



Menteri Saudi berkata dana dalam akaun PM Malaysia Najib adalah pelaburan, bukan derma. Menteri Arab itu berkata beliau percaya bahawa dana yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah satu pelaburan dan bukannya sumbangan politik. 




Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir berkata walaupun beliau menerima pendapat Peguam Negara bahawa tiada sebarang salah laku, beliau juga berkata bahawa beliau tidak fikir wang itu datang daripada kerajaan Arab atau bahawa ia adalah derma politik. 




"Ia adalah seorang warganegara Arab biasa, saya percaya, dan dana itu untuk pelaburan di Malaysia," katanya dalam satu temu bual dengan New York Times pada hari Khamis (4 

 Apakah tukang ampu dan tukang jilat ini sudah lupa apa yang telah dinyatakan di atas oleh Menteri Arab Saudi itu mengenai wang tesebut?



 Nampaknya, pemergian PM Najib ke Forum Ekonomi Jeddah (JEF) itu telah dijadikan modal untuk menampakkan keakraban beliau dengan Raja Arab Saudi... dan kononnya derma 2.6 juta yang diterimanya dan yang sebahagian besarnya itu telah dikembalikan semula adalah benar. 



 Lalu dicananglah bahawa DS Najib berkata benar berhubung derma RM2.6 bilion daripada Arab Saudi apabila menjadi tetamu kehormat dalam kunjungan perdana menteri ke negara itu. Baca lagi di sini   





Sebagaimana yang Tun Mahathir pernah katakan dulu - Tidak ada keterangan yang jelas tentang bagaimana jumlah wang sebesar  itu telah dipindahkan ke dalam akaun Najib, bank-bank yang digunakan oleh orang Arab, sumber dana, urusan penderma - semua ini tidak ada keterangan yang nyata.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA