Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, February 2, 2016

SWITZERLAND MEMALUKAN MALAYSIA.....



Kedutaan Switzerland di Kuala Lumpur enggan mengulas bidasan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi ke atas pejabat peguam negara (OAG) negara itu.
Menurut seorang kakitangan di kedutaan itu, ini adalah kerana pejabat OAG Switzerland adalah sebuah badan bebas.
"Kita tidak boleh komen kerana pejabat OAG Switzerland adalah bebas daripada kerajaan.
"Kerajaan juga tidak mengulas mengenai prosiding jenayah terbuka," katanya kepada Malaysiakini.
Menurut laman web OAG, pejabat itu bertanggungjawab terhadap pihak kawal selia yang dilantik oleh cabang perundangan Switzerland, United Federal Assembly.
Zahid semalam berkata AG Switzerland sepatutnya menggunakan saluran "rasmi" untuk meminta bantuan dalam siasatan mengenai dakwaan penyelewengan AS$4 bilion (RM16.6 bilion) daripada dana milik syarikat pelaburan negara, 1MDB.
Dengan membuat kenyataan media, timbalan perdana menteri itu berkata ia bukan sahaja menyebabkan kerenggangan hubungan antara dua negara tetapi juga menyebabkan bias atau memihak dalam laporan media.
OAG kemudiannya berkata pihaknya tidak akan mengulas mengenai kenyataan politik.
Pejabat Peguam Negara Switzerland pada Jumaat lalu membuat kenyataan bahawa siasatannya mendapati ada "tanda-tanda serius” bahawa dana itu telah disalahgunakan.

1 comment:


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA