Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, February 8, 2016

PAS - DI MANA SILAPNYA MASAA KINI?


Ramai kecam Adun Pas gara-gara muncul jadi Dewa Kekayaan

Sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini menyaksikan aksi menjolok mata Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman berpakaian dipercayai dewa menerima kecaman banyak pihak apabila beberapa fotonya tersebar di media sosial.

Rata-rata penganut beragama Islam menganggap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras itu sebagai keterlaluan dan memudaratkan ekoran melibatkan unsur penyerupaan ketuhanan agama lain.

Tidak kurang juga ada netizen menganggap kesanggupan Khairuddin berpakaian dewa yang menjadi sembahan masyarakat Cina itu sebagai situasi terdesak Pas untuk meraih kembali sokongan kaum Tionghoa.

Difahamkan, pengamal undang-undang itu memakai kostum tradisional menyerupai Dewa kekayaan atau Chai Shen mengikut mitologi Cina.

Berdasarkan beberapa gambar yang viral di WhatsApp dan Facebook sejak semalam, Khairuddin yang turut memakai janggut panjang berwarna hitam dengan topi berbunga itu dilihat berada dalam program bersama komuniti Cina.

Antara paparan foto yang tersebar menunjukkan beliau menyerahkan sumbangan oren mandarin kepada warga emas dan pesakit berbangsa Cina.

Mengulas kontroversi dicetuskan pemimpin Pas di negeri yang masyarakatnya bersifat majmuk itu, penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, hukumnya jelas haram jika berdasarkan perbezaan tiga pegangan utama orang Cina iaitu agama tradisi, Buddha dan falsafah, terutamanya Confucianisme.

“Agama Cina wujud lebih awal dari Buddhisme dan Confucianisme. Kepercayaan supernatural, kuasa alam dan dewa-dewi adalah bentuk agama tradisi Cina yang kemudian bercampur aduk dgn falsafah dan agama Buddha.

“Ringkasnya ialah agama tradisi + falsafah = lahir Taoisme manakala falsafah yang sudah bercampur dengan agama tradisi dan Buddha melahirkan falsafah agama seperti Buddha Zen.

“Agama tradisi Cina + Buddha = lahirlah Buddha Mahayana. Dari Mahayana lahirnya dewa yang dianggap sebagai tokoh-tokoh Buddha seperti Amitabha, Dewi Mazu dan lain-lain,” jelasnya kepada Malaysia Dateline.

Imej Dewa Kekayaan dalam kepercayaan masyarakat Cina yang ditiru oleh Adun Pas itu.

Selain daripada itu semua, ujarnya yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hanya falsafah Confucius yang tulen sahaja boleh diteladani oleh penganut beragama Islam.

“Yang lain semua sesat termasuk yang Setiausaha Pas Selangor lakonkan iaitu dewa kekayaan yang berasal daripada kepercayaan agama tradisi Cina,” tambahnya lagi.

Sementara itu bagi tokoh budaya, Dr Siti Zainon Ismail pula berpendapat tindakan pemimpin Pas itu seolah-olah lebih sudu daripada kuah.

“Bila adat (orang dimuliakan), adab bangsa sendiri diketepikan. Inilah data penting untuk gerakan kebudayaan di negara ini berikan perhatian,” ujarnya yang kini pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sementara itu, percubaan Malaysia Dateline untuk mendapatkan reaksi lanjut daripada Khairuddin berhubung kontroversi tersebut bagaimanapun gagal.

“Nanti saya buat kenyataan. Buat waktu ini saya nak tengok dulu perkembangan,” ujarnya ringkas dalam satu balasan melalui kiriman WhatsApp petang hari ini. 
-MD



2 comments:

  1. Seragam pekji dari opera manalah yg disewa dek PAS. Makin hari makin memualkan telatah PAS. Nak menarik perhatian org India pulak tak mustahil PAS menghalalkan pemimpinnya mengangkat Kavadi dan berarak bersama dlm perayaan Taipusam dgn badan berconteng abu mayat org2 India.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA