Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, February 12, 2016

OSA - KALAU TAK SALAH KENAPA TAKUT?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, selagi maklumat dibocorkan dengan tujuan mendedahkan salah laku, pihak yang membuat pendedahan patut diberikan perlindungan kerajaan. – Gambar NSTP
Dua menteri hari ini bercanggah pandangan mengenai cadangan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali mengenakan hukuman lebih berat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) walaupun langkah yang dicadangkan itu terang-terangan diselar kumpulan masyarakat sivil dan wartawan.
Hanya beberapa jam selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman ini menyokong cadangan itu, rakan Kabinet beliau Datuk Paul Low sebaliknya berkata, pemberi maklumat perlu dilindungi.
Low, menteri yang bertanggungjawab menjaga tadbir urus yang baik dan ketelusan berkata, selagi maklumat dibocorkan dengan tujuan mendedahkan salah laku, pihak yang membuat pendedahan patut diberikan perlindungan kerajaan.
“Terdapat kes di mana mungkin ada penyalahgunaan kuasa. Jadi, jika ada penipuan dan rasuah, kakitangan awam sepatutnya boleh menyampai maklumat melalui saluran yang dipercayai, seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
“Pada masa ini, di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, pemberi maklumat tidak boleh mendedahkan maklumat di bawah OSA.
“Oleh itu, kerajaan perlu beri pengecualian: walaupun ia di bawah OSA, jika maklumat yang bocor adalah berkaitan dengan rasuah, penyalahgunaan dan penipuan, maka OSA perlu membenarkan pemberi maklumat ini dilindungi,” kata Low lapor The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA