Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, February 11, 2016

AMANAH LAWAN PAS YANG MENANG UMNO - SELANGOR




Baca laporannya di sini Kenyataan pesuruhjaya PAS Selangor yang mendakwa Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat bertanding di semua kerusi PAS kerana ditolak PKR dan DAP adalah tidak tepat sebaliknya pesuruhjaya PAS Selangor itu perlu jelas, kewujudan Amanah bukanlah untuk mengambil alih tempat PKR mahupun DAP sebaliknya menggantikan PAS dalam Pakatan 2.0, iaitu Pakatan Harapan.  

Di pihak Amanah Selangor mereka juga menjelaskan walaupun keputusan awal ini dibuat namun keputusan akhir akan diputuskan selepas berbincang sesama parti komponen Pakatan Harapan, menurut saya mungkin ia berkaitan kenyataan DAP tidak lama dulu yang turut menyatakan hasrat mereka bertanding di beberapa kerusi PAS di Selangor.

  Walaupun masih wujud istilah "kerusi PAS" pada hari ini, menurut saya ia sudah tidak releven lagi, istilah "kerusi PAS", "kerusi DAP", dan "kerusi PKR" hanya layak digunakan dalam suatu kerjasama politik dan dalam konteks parti pembangkang adalah Pakatan Harapan, maka apabila PAS sudah bersendirian sekarang maka tidak wujud lagi istilah kerusi PAS apabila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, dan berita baik buat PAS, mereka boleh bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen di Malaysia. 

 Amanah sejak awal penubuhannya adalah dilihat cuba untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan, usaha ke arah penubuhan Amanah juga dilihat selepas PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang sekali gus menghancurkan Pakatan Rakyat. 

 Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal menyaksikan pertembungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, iaitu 2 gabungan parti sebelah kerajaan hari ini dan parti pembangkang yang bersetuju untuk bekerjasama menentang Barisan Nasional dalam 1 pakatan.   

PAS pula sedang dilihat cuba mendekati badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik kecil yang mendakwa diri sebagai kuasa ke-3 dalam politik Malaysia sekali gus bakal meletakkan PAS setaraf mereka (kuasa ke-3) dalam arena politik negara. 

 Persoalannya, secara realiti adakah "kuasa ke-3" mendapat sambutan dalam konteks pemikiran politik rakyat Malaysia yang lebih cenderung kepada dwi parti iaitu "kerajaan" dan "pembangkang" sahaja.  

Tindakan Amanah yang mengumumkan hasrat mereka bertanding di semua kerusi yang pernah ditandingi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu di Selangor adalah tepat untuk membangkitkan semangat bekerja ahli partinya, kenyataan ini sekali gus menamatkan tanda tanya ahlinya sama ada Amanah sudah bersedia untuk terus bekerja ke arah memenangi pilihan raya atau masih menunggu reaksi balas PAS untuk berbincang soal pembahagian kerusi bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru.  


 Kini petugas Amanah Selangor boleh bersedia dan lebih berfokus dalam usaha membawa Amanah menyumbang lebih kerusi kepada Pakatan Harapan pada PRU14. - 

Oleh Muammar Qaddafi - AMANAH PROGRESIF    

1 comment:

  1. PAS DAH TAKUT KALAH KE. AKU OK JE KALAU PAS LAWAN AMANAH TAPI UMNO YG MENANG.
    BIAR SELANGOR DITADBIR OLEH PKR DAN DAP SAHAJA. AMANAH MUNGKIN MENANG BEBERAPA KERUSI BOLEH MENJADI EXCO DAN SELANGOR DITADBIR OLEH PAKATAN HARAPAN.

    MAKA JADILAH UMNO. PAS, MCA DAN MIC MENJADI PEMBANGKANG DI SELANGOR

    PUNCA....PAS MENGARUT KERANA MENJEBON, MENTOLOL DAN MEMBARUA JEMAAH SENDIRI. INI TIDAK BOLEH DIMAAFKAN.

    BANGUNLAH BERSAMA BARISAN KEPIMPINAN CAI

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA