Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, January 19, 2016

UMNO - PEMIMPIN PERLU CERMIN DIRI....

UMNO perlu memperbetulkan kemelut dalam parti sebelum

 membuat kritikan kepada pembangkang.

Rushdan-Mohamed,umno
PETALING JAYA: Tindakan pemimpin UMNO yang terlalu 
ghairah membuat kritikan terhadap parti pembangkang 
dibidas pemimpin akar umbi.
Ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed
 ( gambar ) berkata, pemimpin parti Melayu itu sepatutnya
 memperbetulkan kemelut dalaman parti dengan menegur pemimpin 
tertinggi bermasalah sebelum 
mengkritik pihak lawan.
“Ibarat seseorang yang melihat rumah jiran yang yang sangat
 kotor melalui cermin rumahnya, padahal yang kotor sebenarnya cermin 
tingkap kita yang kotor,” katanya kepada FMT, tanpa menamakan mana-mana 
pemimpin.
Rushan antara Ketua UMNO Cawangan yang lantang mengkritik 
Presidennya, Datuk Seri Najib Razak yang terpalit kontroversi 1MDB dan
 skandal wang derma 
RM2.6 bilion.

Terdahulu, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, 
Datuk Seri Noh Omar melabel pentadbiran Negeri Selangor sebagai 
kerajaan caca marba kerana menempatkan beberapa parti politik 
bermusuhan dibawah satu bumbung, yang dipercayai merujuk kepada 
persengketaan antara DAP dan PAS.
Tambah Rushdan,UMNO seharusnya menggunakan pendekatan 
politik sebenar, kerana rakyat tidak lagi menerima secara bulat apa 
dilakukan pemimpin keranamereka membuat penilaian sebelum memilih
 siapa yang layak untuk mentadbir.
“Rakyat tidak lagi menerima bulat-bulat apa yang pemimpin 
lakukan. Mereka menilai. Saluran-saluran rasmi kerajaan tidak lagi 
dapat menutup kebejatan 
pemimpin.
“Politik hari ni kalau nak kekal adalah politik bekerja untuk rakyat. 
Mereka yang dekat
 di hati rakyat pastinya akan terpilih walaupun hanya dari parti BEBAS,” 
katanya
.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA