Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, January 18, 2016

AGAMA - MAMPU KAH SEMUA ORANG BERCAKAP MENGENAINYA?

PAS manipulasi hadis untuk halang ahli meninggalkan parti 

TIGA HADIS YANG SERING DIKESAN TELAH DISALAH TAFSIR OLEH PIHAK PAS UNTUK MENGHALANG AHLI MENINGGALKAN PARTI  

1.Hadis :  من اتاكم وامركم جميع على رجل واحد، يريد ان يشق عصاكم او تفرق جماعتكم فاقتلوه - رواه مسلم 

 (Sesiapa di kalangan kamu, sedangkan kamu telah sepakat urusan kamu atas seorang lelaki (yakni melantik sebagai khalifah), dia ingin mematahkan tongkat kamu, atau menghancurkan jamaah kamu, maka bunuhlah dia.)  

Hadis ini diletak oleh ulama hadis dalam bab Imamah dan Khilafah, iaitu perihal bila dilantik dua orang khalifah dalam satu masa, maka perlantikan yang kedua hendaklah dibatalkan/diperangi.)  

2. Hadis:   من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلع عنقه من ربقة الاسلام  

(Sesiapa yang keluar jamaah islam walaupun sejengkal maka dia telah melucutkan ikatan islam daripada tengkoknya.)  

Hadis ini adalah merujuk kepada sesiapa yang keluar daripada jamaah umat Islam dalam sebuah kerajaan Islam yang berdaulat dengan menentang ajaran dan hukum Islam yang sedang dilaksanakan dalam negara tersebut, maka terbatallah aqidahnya.  

3. Hadis:  من فارق الجماعة فمات ، مات ميتة جاهلية  

(Sesiapa yang keluar dari jamaah orang Islam, kemudian dia mati, maka matinya seperti mati jahiliah.)

  Ibn Hajar al asqalani ketika mentafsirkan hadis ini mengatakan maksudnya sesiapa yang tidak berada atau tunduk kepada sebuah kerajaan Islam, sekiranya dia mati, matinya seperti mati ummat di zaman jahiliah yang tidak ada kerajaan, hidup terasing sendiri-sendiri seperti nomad, tidak ada kerajaan, hidup ikut kelompok masing-masing. 

 PAS TIDAK BOLEH DIANGGAP SEBAGAI "JAMAAH ORANG ISLAM" KERANA: 

1. Ianya tidak mewakili atau dianggotai oleh keseluruhan ummat Islam.  

2. Keahliannya sendiri bebas dan terbuka, boleh masuk dan boleh keluar serta boleh dipecat bila-bila masa.  

3. Pas tidak ada kuasa untuk menjatuhkan hukuman keatas sesiapa yang keluar daripada jamaahnya, nak jatuh hukuman bunuh kerana murtad macammana?  

4. Jika keluar Pas dianggap murtad/haram, maka tidak masuk Pas pun murtad/haram, adakah Pas merasakan keluar sahaja yang tidak dibolehkan mengikut hukum syarak, tetapi tidak masuk Pas seperti duduk dalam umno diharuskan? 

Parti hanyalah alat kepada perjuangan, kita wajib berjuang menegakkan Islam, namun uslub dan kaedah yang nak digunakan adalah tertakluk kepada maslahah dan persekitaran semasa, bukannya tetap kepada satu alat sahaja sepanjang masa. 

Perjuangan menegakkan Islam diwajibkan secara nas, namun bagaimana cara nak berjuang Islam adalah perkara ijtihadi, tertakluk kepada maslahat dan kesesuaian semasa. 

Che Ibrahim Mohamed  
Naib Pengerusi 2 Amanah Kelantan 

2 comments:

  1. Mohon tunjukkan jamaah Islam selain PAS dalam arena politik?

    ReplyDelete
  2. "Kemudian berpecah mrk kpd beberapa pecahan, setiap golongan berbangga (rasa yakin benar) dgn kumpulan masing masing."

    Kumpulan mana yg benar ?

    Kumpulan yg benar adalah...
    "Org org yg sentiasa berhati hati kerana takut kpd Tuhan mrk,
    Yg beriman, yakin dan beramal dgn ayat ayat Tuhan mrk,
    Yg tidak mensyirikkan Tuhan mrk,
    Yg berinfak ke jalan Tuhan mrk,
    Yg hatinya sentiasa gementar dan takutkan saatnya mrk dikembalikan kpd Tuhan mrk,
    Yg bersegera melakukan kebaikan."

    Ada ke kumpulan org org sedemikian sekarang ni ?

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA