Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, January 13, 2016

SAH KINI, KAFA GUNA WARNA DR. VIDA UNTUK RED WARRIOR.....

in Berita Lokal January 13, 2016

stadium-pink

Pada mulanya ramai yang tersenyum sinis apabila mendengar khabar stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu akan ditukar dengan warna merah jambu. Namun kini ia sudah hampir menjadi kenyataan apabila kerajaan PAS Kelantan dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan Dr. Vida, untuk menaja pasukan The Red Warrior dengan syarat stadium bola sepak Kelantan itu dicat dengan warna merah jambu.
Berita melaporkan yang kontrak rasmi antara Vida Beauty dan Kafa bakal diadakan pada 15 Januari ni di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Melalui penajaan dua tahun syarikat kecantikan itu, Kafa bakal menikmati dana berjumlah RM16 juta di samping faedah-faedah lain yang belum diumumkan penaja tersebut.
Walau apa niat dan alasan baik yang diberikan oleh Dr. Vida dalam memajukan sukan bola sepak Kelantan di samping sebenarnya untuk meningkatkan promosi produk beliau, namun penerimaan kerajaan PAS Kelantan terhadap hal ini sungguh telah mengundang kesedihan bagi pejuang Islam, walaupun bukanlah mengejutkan.
Perjuangan parti Islam ialah mengajak manusia kepada Islam dan melakukan amar makruf nahi mungkar sebagaimana perintah Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 104. Apatah lagi apabila sesebuah parti Islam telah berjaya membentuk kerajaan, walaupun tidak mempunyai kuasa penuh, namun kekuasaan itu seharusnya digunakan sepenuhnya untuk usaha ke arah meninggikan kalimah Allah, mencari redha Allah dan mementingkan persoalan ukhrawi berbanding duniawi.
Kita tidak mempertikaikan usaha manusia yang mempunyai limpahan kekayaan untuk menambahkan lagi kekayaannya, asalkan segala usahanya halal dan segala kekayaannya itu digunakan untuk membantu menegakkan agama Allah, bukan dibazirkan kepada sesuatu yang haram atau tidak berfaedah. Lihatlah bagaimana para sahabat yang dianugerahkan oleh Allah dengan kekayaan seperti Abdul Rahman bin Auf, Osman bin Affan, Saad bin Abi Waqas dan lain-lain, mereka menggunakan kekayaan mereka itu untuk jalan Allah semata-mata dan langsung tidak tenggelam dengan kenikmatan dunia, apatah lagi dibelanjakan kepada perkara-perkara yang lagha. Inilah yang sewajarnya dicontohi oleh setiap Muslim.
Persoalannya, apakah kepentingan sukan bola sepak untuk Islam, baik di dunia apatah lagi di akhirat? Apakah usaha kita di dalam memajukan dan meningkatkan segala kehebatan, kebolehan, kecanggihan, menaikkan nama, imej dan prestij dalam sukan bola sepak ini akan menjadi saham kepada kita di akhirat? Walaupun segala bentuk kejayaan dapat kita capai dengan mewarnakan stadium kepada merah jambu dan dengan pelaburan jutaan ringgit ini, apakah hal ini dapat kita banggakan di hadapan Allah di akhirat kelak?
Di saat sebahagian umat Islam di Syria kebuluran tidak makan hingga ada yang memakan rumput hasil kekejaman Basyar al-Assad, di saat umat Islam di seluruh dunia masih dihimpit kemiskinan akibat kekejaman dan penindasan pemerintah Kapitalis, alangkah baiknya jika kerajaan Kelantan menasihatkan Dr Vida agar menyalurkan sedikit kekayaan yang diberi Allah kepada jutawan itu untuk membantu saudara-saudara kita yang memerlukan.
Jika beliau telah berbuat demikian, alhamdulillah. Namun masih banyak kewajipan untuk beliau manfaatkan segala kekayaan yang dimilikinya semata-mata untuk Allah, berbanding memerah jambukan stadium yang langsung tidak dituntut oleh Islam.
Sesungguhnya kekayaan yang kita miliki ini datangnya dari Allah dan seharusnya dibelanjakan dalam mencapai redha Allah. Sesungguhnya Allah SWT menguji hambaNya dengan pelbagai bentuk ujian, antaranya adalah dengan limpahan kekayaan untuk Dia melihat sejauh mana hambaNya itu ingat kepadaNya dan di akhirat nanti Dia akan menanyai hambaNya ke manakah kesemua kekayaan itu dibelanjakan, sama ada sesuai dengan apa yang diperintahkanNya atau tidak.
Manakala kepada parti yang memerintah, Allah SWT juga akan bertanya apakah usaha yang telah dilakukannya untuk menerapkan agamaNya dan apakah pemerintah itu telah menjaga rakyatnya dan menasihati rakyatnya untuk tunduk dan patuh kepada perintah Allah semata-mata dan mementingkan kebahagiaan ukhrawi dan bukannya mementingkan kebahagiaan dan kejayaan duniawi, apatah lagi kepentingan duniawi yang langsung tidak ada kena mengena dengan Islam. Sesungguhnya umat ini ingin menyaksikan hukum Allah diterapkan secara kaffah, bukan ingin menyaksikan stadium bola sepak dicat dengan warna putih, kuning, hijau mahupun merah.
Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA