Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, January 10, 2016

RAKYAT MULA MEMPETIKAIKAN NAJIB....


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan ‘rentung dibakar’ dengan api kemarahan rakyat susulan kegagalan beliau mentadbir negara ini dengan baik dan menyelesaikan masalah-masalah negara.

Perkara itu ditegaskan bekas ahli Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saadudin apabila Perdana Menteri dilihat cuba mengelirukan rakyat dengan mengumumkan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkurangan sebanyak RM40.4 bilion hasil penjualan Bandar Malaysia dan Edra Global Energy kepada negara luar.

Katanya, pengumuman yang dibuat Najib itu sedikitpun tidak menenangkan hati rakyat sebaliknya menambahkan lagi kemarahan mereka apabila harta negara dijual.

“Apa rasionalnya kalau kamu jual harta negara dengan harga yang merugikan, contoh kamu jual Edra rugi, lepas itu jual pula tanah-tanah yang sepatutnya menjadi hak kerajaan dan kamu jual kepada kuasa asing apa rasionalnya? Itu gila namanya.
“Api kemarahan rakyat (kepada Najib) sedang membara di tanah Malaysia, sedarlah Datuk Seri Najib akan rentung kerana api kemarahan rakyat ini terlalu kuat.
“Kalau harta-harta kita sekarang ini sudah terlelong, lepas ini dah habis harta negara di lelong rakyat pula akan di lelong,” katanya dalam wawancara bersama FMT.
Mengulas lanjut, dia turut mengingatkan Perdana Menteri supaya tidak memandang rendah kemarahan yang ditunjukkan rakyat.

“Kalau di penghujung tahun lepas rakyat tidak mahu memberi laluan kepada Perdana Menteri di lebuhraya, itu baru bunga api kecil yang ditunjuk rakyat. 2016 bakal menyaksikan benda yang lebih besar akan menggegarkan.

“Malah (penyokong Najib) boleh memperkecil usaha Bersih 4.0 melakukan demonstrasi (kerana dilihat tidak mampu mengugat kedudukan Najib), tetapi mereka tidak boleh nafikan bahawa mereka telah hilang banyak kerusi pada PRU13 tetapi bagaimana dengan PRU 14? Jangan terlalu yakin dengan kedudukan yang ada sekarang,” katanya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA