Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, January 10, 2016

BENARKAH HAKIM KITA PENGECUT.......- ZAID




Jika benar tuduhan ini maka dimanakah keadilan dan perlindungan untuk rakyat. Dengan tuduhan ini bermakna siapa berkuasa dan berduit boleh menentukan sebarang penghakman. Tuduhan Zaid ini harus di ambil perhatian oleh semua agar badan kehakiman benar-benar bebas dari pengaruh politik dan rasuah.
Artikel:

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim percaya Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria terkhilaf dalam meminta orang ramai supaya tidak membidas hakim sebagai tidak berhati perut dan melontarkan maki hamun terhadap mereka tanpa membaca alasan penghakiman.
“Menurut CJ kita tidak boleh beri label kepada hakim. Jika mereka tidak berhati perut apa patut kita panggil mereka? Beliau salah sebenarnya,” tulisnya dalam tweet.
Zaid yang juga seorang peguam berkata sudah terlalu lama, mereka yang tidak sepatut dilantik sebagai hakim.
“Itu sebabnya kita mempunyai hakim yang rasuah dan pengecut.
Zaid Ibrahim - Foto Free Malaysia Today
“Kita mesti dedahkan pemimpin-pemimpin kita, termasuk hakim secara tepat dan dihormati, sudah tentunya. Hentikan berpura-pura, jika tidak, tiada apa yang akan berubah,” katanya.
Zaid sebelum ini mengundang masalah apabila meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung kes perebutan anak yang ditukar agama membabitkan K Pathmanathan @ Mohd Ridhuan Abdullah dan bekas isterinya M Indira Gandhi.
Bekas menteri kabinet itu diarahkan oleh polis untuk disoal-siasar berhubung artikelnya yang mengkritik penghakiman kes tersebut.
Zaid juga dalam beberapa siri tweet membidas kenyataan Arifin bahawa mahkamah di negara ini tidak seharusnya menerima piawaian hak asasi manusia Barat.
“Bagaimana jika menggunakan manusia sebagai piawaian?” soal bekas menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal undang-undang itu.
Pada ucapannya pada majlis pelancaran Tahun Perundangan di Kuala Lumpur, Arifin berkata walaupun badan kehakiman mengalu-alukan kritikan, namun, rakyat perlu membaca penghakiman mereka sebelum melontarkan bidasan.
“Ini adalah sebahagian daripada akauntabiliti badan kehakiman. Saya mahu orang ramai untuk meneliti penghakiman kami dan memberitahu di mana kami membuat silap.
“Tetapi mereka tidak berbuat demikian, sebaliknya melabelkan kita sebagai kejam dan dengan nama-nama yang tidak sepatutnya… Ini tidak wajar kerana ia bukan kritikan.
“Itu membidas badan kehakiman tanpa membaca penghakiman. Mengkritik badan kehakiman berhubung penghakiman kami sentiasa dialu-alukan kerana ia sebahagian daripada tradisi undang-undang lazim,” katanya. – Malaysiakini

2 comments:

  1. takan lah bangsat sangat pemikiran sememangnye kerosakan kehakiman telah rosak bila anak haramjadah panglima cilaka lakhanatullah anak haram hindu paria mahathir tu memerintah.takan lah itu pun tak tahu bangsat hai zaid

    ReplyDelete
  2. Tak faham apa kau tulis kat atas tu. Mak kau hantar sekolah sampai darjah 3 sahaja kah.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA