Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, January 22, 2016

JIMAT - BEZA ANTARA RAZAK DAN NAJIB

Bekas ketua polis negara Tun Mohammed Hanif Omar yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit (ADC) kepada allahyarham Tun Abdul Razak Hussein bercerita mengenai perdana menteri kedua itu pada seminar memperingati Tun Razak di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 14 Januari, 2016.









Tun Abdul Razak Hussein seorang yang benci kepada perjudian dan sentiasa berjimat-cermat dalam berbelanja, kata bekas ketua polis negara Tun Mohammed Hanif Omar.

Hanif yang juga bekas setiausaha sulit (ADC) kepada perdana menteri kedua itu berkata, Razak sentiasa berhati-hati dalam menguruskan wang negara, malah tidak berbelanja sewenang-wenang untuk isterinya, Tun Rahah Noah.

Hanif mengimbau satu peristiwa semasa satu lawatan ke Kaherah, Mesir Razak menyuruh seseorang membawanya ke kedai replika intan untuk membeli cenderahati kepada Rahah tetapi tidak jadi membelinya.

"Beliau sangat berhati-hati tentang wang.

“Beliau mahu membeli intan replika yang murah tetapi orang membawanya ke kedai intan yang asli, tapi beliau beritahu orang itu tidak mampu membelinya di sini kerana tidak sekaya kamu," kata Hanif semasa seminar memperingati Razak yang dianjurkan Asian Strategy and Leadership Institute (Asli) di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu, Hanif berkata Razak juga tidak suka aktiviti perjudian, mencerminkan ketegasan yang ditunjukkan bekas bosnya itu.

"Beliau mengarahkan aktiviti perjudian di istana Perak dan Pahang dihentikan, malah mengarahkan menangkap mereka yang terlibat dalam perjudian itu.

"Apabila sultan datang dan berkata mahu meneruskan aktiviti perjudian, beliau tidak bersetuju,” katanya.

Sementara itu, Datin Kalsom Taib, anak perempuan kepada kawan baiknya, Tan Sri Taib Andak menceritakan Razak pernah memberitahu isterinya, Rahah mengenai tiket penerbangan sehala yang perlu dibayar jika mahu mengikutnya bersama dalam lawatan rasmi.

"Beliau sangat prihatin dalam menggunakan wang rakyat sehingga dianggap sangat berhemah,"  kata Kalsom pada majlis sama.

Kalsom masih teringat mengenai kisah di mana Razak tidak mengizinkan Rahah mengikutnya dalam lawatan rasmi ke Kelantan dan Burma kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat.

"Beliau juga tidak mengizinkan Rahah mengikutinya ke Kelantan dan menyuruhnya membeli tiket sendiri kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat.

“Perkara sama juga berlaku dalam lawatan rasmi ke Burma apabila Razak menyuruh Rahah membeli tiket penerbangannya sendiri," kata Kalsom.

Katanya, Razak juga tidak mahu menukarkan tirai di kediaman rasminya kerana bimbang membazirkan wang dengan sewenang-wenangnya.

Hari ini genap 40 tahun Razak meninggal dunia selepas menghembuskan nafas terakhir pada 14 Januari, 1976. – 14 Januari, 2016.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA