Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, January 21, 2016

AES - PERLU DI HAPUS KAN


Sekretariat Protes AES (ProtAES) mendesak Kementerian Pengangkutan supaya semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan sejak September 2012 hingga kini dilupuskan, kata Pengerusinya Zulhazmi Shariff. ( gambar bawah )
Beliau berkata, saman AES tidak perlu dibayar tetapi individu yang disaman perlu ke mahkamah sedangkan tidak dinyatakan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 bahawa saman atau kompaun itu wajib dibayar.
“Saya menyeru dan mengajak semua pengguna jalan raya yang menerima saman AES sejak September 2012 sehingga hari ini yang masih belum membuat bayaran agar tidak membuat bayaran saman-saman yang diterima.

“Saya menegaskan bahawa saman tidak diperlu dijelaskan. Tiada sebarang peruntukkan mewajibkan saman dijelaskan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pengumuman Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa kerajaan akan melaksanakan semula AES dan sistem pemberian mata demerit kesalahan jalan raya (Kejara) secara serentak selewat-lewatnya Mac ini.
Beliau berkata, pelaksanaan dua sistem tersebut adalah sebagai usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Melalui sistem Kejara, penggunaan demerit akan diguna pakai iaitu apabila pemandu ditahan, pihak berkuasa akan menolak mata.
Katanya, apabila cukup kepada jumah maksimum 20 mata ditolak, maka lesen pemandu boleh digantung.
Zulhazmi yang merupakan bekas penasihat undang-undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) turut memberi jaminan akan mewakili individu yang disaman jika dibawa ke mahkamah.
“Saya memberi aku janji akan bersama mempertahankan anda jika anda dibawa ke mahkamah kerana tidak menjelaskan saman-saman AES,” tegasnya.
Pada Disember 2012, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memutuskan pelaksanaan AES dikaji semua berikutan kritikan orang ramai manakala Kejara digantung sementara bagi memberi laluan kepada kajian dilakukan.
Sebelum itu, Kase merupakan jawatankuasa bertindak di bawah Pas yang lantang mengkritik pelaksanaan AES dan giat memberikan penerangan kepada orang ramai mengenai pelaksanaan saman ekor.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA