Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, December 17, 2015

KETUA AUDIT - HUTANG NEGARA KINI RM43b PADA 2014

Hutang kerajaan meningkat 8% sebanyak RM42.970 bilion pada 2014 berbanding 2013, berada pada paras 54.47% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata ketua audit negara.

Hutang awam terdiri daripada hutang dalam negeri berjumlah RM566.052 bilion (97.1%) dan hutang luar negeri sebanyak RM16.776 bilion (2.9%).

"Secara keseluruhannya hutang awam menunjukkan peningkatan daripada RM539.858 bilion pada akhir 2013 kepada RM582.828 bilion pada penghujung 2014," kata Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3 yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, perbelanjaan kerana hutang negara (kos bagi mendapatkan pinjaman dan faedah pinjaman) juga menunjukkan peningkatan bagi tempoh 5 tahun berturut-turut.

Pada 2013, perbelanjaan kerana hutang negara berjumlah RM20.776 bilion dan meningkat RM1.812 bilion (8.7%) kepada RM22.588 bilion pada 2014.

Selain pinjaman dari dalam dan luar negeri, kerajaan juga memberi jaminan kepada pinjaman dibuat badan berkanun/syarikat seperti dibenarkan Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965.

Pinjaman yang dijamin kerajaan persekutuan juga menunjukkan trend peningkatan setiap tahun.

Pada akhir 2014, amaun belum selesai pinjaman dalam dan luar negeri yang dijamin kerajaan persekutuan bagi 3 badan berkanun dan 24 syarikat secara keseluruhannya berjumlah RM172.019 bilion iaitu meningkat RM14.519 bilion (9.2%) berbanding 2013 yang berjumlah RM157.50 bilion.

Peningkatan pinjaman yang dijamin kerajaan sebahagian besarnya disumbangkan daripada peningkatan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional; Bank Pembangunan Malaysia Berhad; Danainfra Nasional Berhad dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB). – 23 November, 2015.

OLEH MD IZWAN

1 comment:

  1. wah kalau dgr tv ekonomi kita sentiaa berkembang tk pernah kuncup

    semua data2 ekonomi sentiasa terbaik tk pernh merudum

    hebat betul data2 itu

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA