Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, December 27, 2015

KESEPAKATAN PAS - UMNO - SIAPA RUGI

KESEPAKATAN PAS - UMNO 

Pemimpin PAS kata
PAS sedia bekerjasama dg UMNO demi kepentingan Islam 
dan Melayu tapi bukan bergabung.

Hj Hadi Awang pula berkatakata
PAS bersedia menjadi penasehat kepada kerajaan. 

PM yg juga presiden UMNO - Najib Razak
UMNO pantas pula segera menghulurkan “TALI ALLAH” 
kpd PAS demi kononnya perpaduan Melayu dan Perpaduan Islam. 


Dalam hiruk-pikuk dan riuh-rendah kerjasama UMNO – PAS 
itu, siapakah yg meraih laba politik paling besar? 

Apakah PAS? Tidak mungkin, kerana sebenarnya PAS lah pehak yg paling malang dan paling rugi. PAS dan presidennya mula di curigai oleh rakan tahalufsiasinya – PKR. Mereka mula berbisik2 mempersoalkan apakah PAS jujur dan ikhlas dalam tahalufsiasi itu? PAS nak bertahalufsiasi dg PKR, tapi dalam masa yg sama asik bermain mata dg UMNO; sementelahan pula, jika di ibaratkan seumpama seorang lelaki, UMNO adalah seorang lelaki yg walaupun tua dan uzur, tapi kaya raya, banyak hartanya, banyak sawah-ladangnya, banyak sahamnya dan berbagai lagi yg boleh menggiurkan seorang wanita mata duitan. PKR pula hanya seorang lalaki muda yg penuh idealisma. 

Para penyokong PAS, terutama dari kalangan Cina dan India pun dah mula sangsi kpd PAS. Jika benar2 terjalin perpaduan Melayu, apa akan jadi kpd mereka? 

Ahli2 dan para pemimpin PAS bawahan dan pertengahan pun berbelah –bagi mengenai perkara tersebut.Yang tegar menyokong hanyalah mereka yang dah nampak faedah duniawi yang akan mereka perolehi hasil drp kerjasama tersebut.Dan yg turut menyokong sepenuh hati tentunya para ahli yang telah disuntik dengan “DADAH WALAK” oleh pemimpin2 bertitle “ustaz”. Mereka ini telah rosot daya fikirnya, telah hilang ketajaman mindanya,telah tumpul daya sesitiviti dan daya kritisnya. Malang…mereka hanya pandai angguk2..kononnya demi utk syurga…Oleh itu, jika kerjasama itu sungguh2 terjalin,maka PAS di jangka akan mengalami konplik dalaman sekali lagi. 

Jadi siapa yg paling untung? Orang yang paling beruntung tentulah NAJIB RAZAK. Dia dengan bantuan para penasihatnya yg ramai itu, samaada UPCO atau bukan UPCO dan tentunya termasuk juga bekas pemimpin kanan PAS yg kini dah jadi “AYAM DENAK UMNO”, telah berjaya mencpta suatu strategi ampuh utk memerangkap beberapa lebai PAS yg telah terjangkit ‘PENYAKIT ALWAHN”. 

Najib Razak yg sedang kelemasan akibat pelbagai isu dan skandal yg diciptanya sendiri,seperti isu RM2.6bilion, 1MDB, isu Al-Tantuya, hutang negara, YaPEIM, kegagalan mengekang kenaikan kos sara hidup, kegagalan mencapai ekuiti bumiputera 30 peratus, isu kelemahan nilai ringgit, merosotnya sokongan drp akar umbi UMNO dan krisis yg berlarutan dg beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk dg bekas PM yg masih berpengaruh itu, masalah isteri yg menjadi beban,dan macam2 lagi, maka dia amat memerlukan bantuan oksigen dan bantuan pernafasan mulut ke mulut. 

Tiba2, tanpa di sangka2, PAS bersedia menghulurkan talian hayat untuk dia berpaut dan ketika para pemimpin BN sendiri nampaknya macam geli-geleman nak buat pernafasan mulut ke mulut kpd Najib – mungkin kerana mulut tu dah berbau sgt busuk; tiba2 datang pemimpin PAS yg bersedia untuk bebuat demikian. Bukan saja membuat bantuan pernafasan mulut ke mulut, bahkan mereka juga bersedia “MEMBASUH BERAK NAJIB”. 
Alangkah bahagianya Najib ketika ini. Dia munkin bukan saja berjaya menyelamatkan dirinya drp lemas,tapi dia juga berjaya memusnahkan para musuh politiknya. 

SESUNGGUHNYA PEMIMPIN PAS TELAH BERJASA BESAR KPD NAJIB RAZAK. Dia akan membals budi? Rasanya Pas akan menjadi seperti “Tudung saji buruk” yang akan di buang bia ia sudah hilang mafaat nya nanti. 

Wallahu a`lam.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA