Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, November 15, 2015

PEMIMPIM SUDAH TIDAK AMANAH


Penyelewangan dan rasa tidak peduli kepada rakyat kian menjadi dalam pemerintahan masa kini, pemimpin terus menggunakan rakyat untuk kemewahan mereka, tapi mereka bercakap dan tidak membikinkan apa yang di cakapkan. " Cakap tak serupa bikin ", paling sedih wang tabungan rakyat dengan membayar zakat untuk rakyat termiskin pun mereka sanggup menggunakannya, malahan penggunaannya tidak ada kaitan langsung dengan tujuan kutipan tersebut. Pendedahan apa yang terjadi dengan YaPEIM.



Pendedahan pertama - Empat individu dalam Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam ( YaPEIM), sebuah yayasan naungan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap orang miskin dan anak-anak yatim, didakwa menerima pendapatan mencecah hampir RM2 juta setahun.

Mereka didakwa menerima gaji dan elaun yang tinggi itu melalui pelbagai jawatan dalam anak syarikat yang berada di bawah YaPEIM. Lebih menggerunkan, suami dan anak lelaki salah seorang "orang besar" dalam YaPEIM itu juga turut menerima habuan lumayan melalui pelbagai jawatan yang disandangnya.

Pengerusi YaPEIM didakwa menerima pendapatan bulanan berjumlah RM73,000.00 sebulan manakala timbalan pengerusinya bersama suami dan anak lelakinya dipercayai mengumpul pendapatan bulanan sebanyak RM81,700.00 Salah seorang daripada "orang besar" YaPEIM terbabit adalah pemimpin Pergerakan Wanita UMNO di Kelantan.

Pendedahan kedua - Lawatan seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap YaPEIM ke Amerika Syarikat pada 2014 yang didakwa menelan kos keseluruhan sebanyak RM410,978.00, juga dengan menggunakan wang yayasan tersebut.
Lawatan menteri yang turut disertai oleh isterinya itu turut diselitkan dengan acara membeli belah, bermain golf, makan malam dan pembelian cenderahati yang juga dibayar oleh YaPEIM.

Melalui invois yang diperolehi menunjukkan tiket pergi balik menteri terbabit dan isterinya saja berjumlah RM274,493.00.

Kedua-kedua pendedahan ini dibuat oleh Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan atau NOW.

Sehingga ini, semua yang didakwa dalam pendedahan NOW itu, sama ada menteri terbabit atau kedua-dua "orang besar" dalam YaPEIM itu, belum lagi memberi sebarang ulasan atau penjelasan mengenainya.
Tetapi isu ini telah menjadi perbualan hangat di seluruh negara dan jika betul semua pendedahan NOW itu, ia benar-benar memalukan agama, bangsa dan negara kita.
Ini kerana mereka yang didakwa itu bukan saja bergelar pemimpin, tetapi juga kerap melaungkan perjuangan membela Melayu dan kalimah-kalimah suci Al Quran turut jarang terlepas daripada pengucapan.

Terlihat juga kadang-kadang antaranya tampil dengan jubah, kopiah dan pakaian sopan menutup aurat. Tetapi, kenapa nikmat duit dan dunia juga yang digilai?

Inikah rupa dan perangai mereka yang bergelar pemimpin yang kita ada?

Orang miskin, anak yatim dan mereka yang dibela tak seberapa dapatnya, tapi yang sedia kaya tanpa segan-segan mengaut labanya.

Sudah masuk hari ketiga pendedahan ini dibuat, kenapa pihak yang berkenaan masih berdiam diri? (Terbaru - petang tadi Jamil Khir sudah tampil dengan penjelasannya dan menuntut permohonan maaf daripada NOW tetapi tidak menafikan pemergian dan perbelanjaannya ke Amerika Syarikat itu. Bagaimanapun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi YaPEIM belum tampil lagi dengan penjelasan mereka).

Kenapa lambat sangat memberi jawapan jika pendedahan NOW itu tidak benar dan berupa fitnah belaka, bahkan boleh saja dibuat laporan polis atau dihantar surat saman untuk membersihkan nama?

Tapi kenapa semuanya tidak dilakukan?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

http://shahbudindotcom.blogspot.my/

1 comment:

  1. ORANG MELAYU MEMANG BANGSAT.INI BUKAN SAYA ERTIKAN KERNA WANG RINGGIT SEMATA MATA..PEMINPIN SUDAH TIDAK AMANAH..INI PERKARA YANG BERLAKU SUDAH LAMA.PENULIS BLOG INI AMAT BANGSAT KERNA IA BARU MAU SEDAR.TANAH RESERVER MELAYU PUN HABIS DIGADAI MEREKA.PENGKHIANAT PEEMINPIN INI BUKAN SAJA TIDAK AMANAH TAPI KITA PERLU DOAKAN PENGKHIANAT PENGKHIANAT INI DILAKHANAT OLEH ALLAH

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA