Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, November 16, 2015

DSAI - INGATAN DAN KEZALIMAN PERBICARAAN BELIAU....

Kisah Mahkamah DSAI jelas melambangkan betapa " dayusnya " pihak pendakwa, mereka seolah-soalah sudah tahu bahawa kes DSAI akan memberikan kemenangan kepada mereka, hujjah mereka memang tidak relevan, bahan bukti tidak cukup tapi mereka ada kuasa untuk memenangkan setiap penghujjahan.

Cubakan perhatikan tulisan dari  Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar di bawah.


Perayu di Mahkamah Rayuan diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah ketika beliau menjadi peguambela sepanjang 38 tahun sebagai peguam tidak pernah beliau menasihatkan anak guamnya memberikan kenyataan dari kandang saksi kecuali cuma jika anak guamnya, “is of low mental capacity”.

Lantas mendiang Karpal Singh menjawab dari kerusi rodanya yang mungkin rakan bijaksananya itu Shafee, “suffered from a lapse of memory”, sekalipun sudah 38 tahun menjadi peguam.

Karpal lalu mengingatkan Shafee kira-kira 20 tahun lepas, Shafee pernah mengendalikan kes DP Vijandran, bekas timbalan speaker Dewan Rakyat di mana Shafee menasihatkan anak guamnya memberikan keterangan dari kandang saksi. Lalu Karpal seterusnya bertanya kepada Shafee , adakah ini bermakna bekas timbalan speaker Dewan Rakyat itu , “of low mental capacity”?

Shafee juga di Mahkamah Rayuan menegaskan Jude Pereira adalah saksi yang mempunyai kredibilti dan boleh dipercayai. Lalu, bangun anak Karpal, Ram Karpal Singh yang berhujah iaitu ketika Shafee menjadi pengerusi panel kes lain di Suhakam, Shafee sendiri membuat keputusan jelas yang Pereira adalah saksi yang tidak mempunyai kredibiliti dan tidak boleh dipercayai.

Kedua-dua situasi di Mahkamah Rayuan ini dengan jelas mendedahkan pembohongan Shafee di hadapan hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang sepatutnya disusuli tindakan menghina mahkamah kerana gagal membantu mendapatkan fakta yang benar dan adil untuk membolehkan Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang adil.

Tindak tanduk Shafee di hari terakhir Mahkamah Rayuan  tidak perlu dijelaskan di sini, gagal menggambarkan profesionalisme Pejabat Peguam Megara yang diwakilinya. Sila rujuk nota dan salinan rakaman prosiding. MalahPejabat Peguam Negara patut mengesahkan sama ada tindakan Shafee di hari terakhir prosiding Mahkamah Rayuan adalah dengan persetujuan mereka.

Seterusnya di Mahkamah Persekutuan, prosiding diteruskan ketiga-tiga anak mendiang Karpal Singh dengan amat baik sekali iaitu Gobind, Ram dan Sanjeet di mana pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram kini sebagai perayu kepada keputusan Mahkamah Rayuan.
Beliau mengejutkan semua bila mempertikaikan kredibilti Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana jika Saiful dipaksa tentunya ada kesan koyakan pada bahagian dalam dubur namun, yang peliknya Saiful membawa gel pula seolah-olah bersedia dan bersetuju diliwat. Seterusnya karpet yang dikatakan ada kesan tumpahan gel dan sebagainya didapati tidak wujud dalam unit kondominium berkenaan yang dirujuk dengan meluas sebagai, “flying carpet”. 

Malah rakaman CCTV pada hari berkenaan menunjukkan Saiful masuk ke kawasan kondominium berkenaan untuk pergi ke unit lain yang tidak ada kena mengena dengan unit yang menjadi subjek tuduhan dan kemudiannya keluar dari kawasan kondominium namun tiada rakaman CCTV Saiful di lokasi unit yang menjadi subjek tuduhan pada hari dan masa berkenaan.

Justeru, jelas rakaman CCTV masuk dan keluar kawasan kondominium sengaja dibuat untuk tujuan cuba membuktikan Saiful berada di kawasan kondominium namun bukannya unit berkenaan pada tarikh dan masa yang menjadi subjek tuduhan.
Malah begitu ramai saksi saksi yang hadir bermesyuarat mengesahkan tidak melihat Saiful pada tarikh dan masa tuduhan dan anehnya pihak pendakwa tidak jadi memanggil para saksi ini ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Setiap hari pasukan perayu, berhujah dengan baik dan terperinci mengenai kes anak guam mereka, namun Shafee bukan sahaja gagal berhujah tetapi setiap hari selepas prosiding memberikan kenyataan kepada media seolah-olah setiap hari kesnya menjadi semakin kuat walhal majoriti yang hadir dalam prosiding Mahkamah Persekutuan mengetahui hakikat sebaliknya berlaku.

Shafee berhujah Pereira seorang pegawai penyiasat boleh dipercayai dan perbuatan Pereira menggunting plastik bahan bukti kononnya untuk dilabel semula walhal peguam Gobind mempertikaikan keperluan melabelkan semula bahan bukti kerana ia dilabel Jabatan Kimia.

Gobind juga mendedahkan perbuatan Pereira yang enggan mengikut arahan Jabatan Kimia untuk menyimpan bahan bukti dalam peti sejuk tetapi sebaliknya menyimpan dalam kabinet besi fail pejabatnya dengan memasang penghawa dingin pejabat 24 jam. Ini sudah jelas perbuatan tidak jujur tetapi Shafee tetap mempertahankannya.
Ram Karpal Singh mengambil masa berhari-hari berhujah isu DNA di Mahkamah Rayuan dan berjaya membuktikan DNA asal yang ada adalah pada tahap sudah rosak dan tidak dapat membantu menunjukkan apa-apa keputusan kecuali tiba-tiba selepas plastik bahan bukti digunting dan dibuka Pereira, kualitinya menjadi baik.
Ini menunjukkan ada kemungkinan besar bahan bukti  diusik dengan menggantikan DNA baharu yang diperoleh daripada tuala dan berus gigi lokap.

Shafee yang berjanji pada panel Mahkamah Persekutuan akan mengambil masa lama untuk berhujah isu teknikal DNA namun ia cuma beberapa jam kerana beliau sendiri tidak faham apa yang dicakapnya. Ini buktinya, Shafee berhujah dengan membawa graf DNA diwarnakan.

Menurut Shafee, sebenarnya graf tersebut lebih panjang tetapi ruang kertas yang sudah begitu panjang masih dikatakan terhad. Selepas Shafee menjawab beberapa soalan panel Mahkamah Persekutuan termasuk ketua hakim mengenai DNA yang Shafee dilihat menjawab dengan penuh yakin, tiba-tiba beliau berpusing ke belakang dan bertanya kepada peguam-peguam muda yang membantunya dengan berbisik agak kuat, “is that correct aah?” 

Penulis berada dalam mahkamah dapat mendengarnya dengan jelas, begitu juga dengan ramai yang lain. Ini bermaksud, Shafee sendiri sebenarnya tidak yakin dengan jawapan kepada panel Mahkamah Persekutuan sekalipun sebelum itu menjawab dengan cara amat yakin.

Shafee mengejutkan semua dengan berhujah DNA boleh bertahan sehingga 60 ribu tahun dan ketua hakim negara mencelah apa sumber rujukannya, dijawab Shafee ia baru diperoleh daripada Internet semalam. Ramai yang hadir ketawa dan panel Mahkamah Persekutuan mengingatkan Shafee tentang bahan-bahan yang diambil daripada Internet tanpa sumber rujukan yang sahih. 

Di sini, peguam Ram Karpal Singh bangun dan memaklumkan mahkamah benar DNA boleh bertahan sehingga 60 ribu tahun cuma, sekiranya ia DNA seekor dinasour. Sekali lagi kesemua dalam mahkamah ketawa. Selepas prosiding hari berkenaan, Shafee berterusan menyakinkan media dengan kekuatan kesnya sedangkan sebenarnya beliau dimalukan dalam mahkamah berkali-kali.

Sila rujuk nota prosiding dan juga salinan rakaman prosiding. Shafee juga cuba menerangkan kehadiran beberapa DNA berbeza dalam dubur Saiful. Ia disebabkan 2 kemungkinan kata Shafee.

Pertama, mungkin kerana Saiful menggunakan tandas awam apabila membuang air besar dan kedua, kemungkinan doktor Pusrawi yang memeriksa dubur Saiful tidak memakai sarung tangan.

Lalu pasukan peguam perayu yang diketuai Sri Ram, berhujah balas iaitu untuk membolehkan DNA beberapa orang lelaki lain ada dalam anus Saiful apabila beliau menggunakan tandas awam untuk membuang air besar, maka dubur Saiful mestilah kena pada lantai mangkuk tandas, bolehkah air besar keluar apabila dubur melekat pada mangkuk tandas? Mahkamah riuh rendah dengan ketawa sekali lagi.

Keduanya, amat mustahil seorang doktor profesional di Pusrawi memeriksa dubur pesakit tanpa menggunakan sarung tangan melainkan doktor berkenaan seorang pengotor. Justeru, pihak doktor dan Pusrawi digesa menyaman Shafee kerana menuduh mereka memeriksa dubur Saiful tanpa memakai sarung tangan. Sekali lagi mahkamah riuh-rendah dengan ketawa.

Pada hari terakhir prosiding Mahkamah Persekutuan, Shafee gagal mendapat keizinan berhujah lagi kerana kesnya ditutup dengan sukarela olehnya sebelum itu.
Namun tiba-tiba satu drama berlaku, Shafee terbelek-belek kiri kanan serta bertanya kepada para peguam yang membantu kononnya ada satu lagi volume hujahan bertulis baharu difailkan di Mahkamah Persekutuan, lalu dijawab kesemua 5 panel hakim Mahkamah Persekutuan termasuk presiden Mahkamah Rayuan, mereka tidak menerimanya, begitu juga tiada salinan volume tambahan diterima pasukan peguambela Anwar.

Malah peguam peguam muda yang membantu Shafee juga gagal menyerahkan volume tambahan hujahan yang didakwanya pada ketika itu sekalipun membawa bertroli bahan ke mahkamah. Ketua hakim negara kemudian mengarahkan memfailkannya kemudian yang kesemua hakim akan membacanya sebelum membuat keputusan.

Kes perayu Anwar ditutup dengan percaya ia patut terus dibuang sejak mula atas pelbagai sebab yang dihujahkan termasuklah bila wujudnya DNA beberapa orang lain dalam dubur Saiful maka ia secara automatik gagal memenuhi prinsip pendakwa mesti membuktikan, “beyond reasonable doubt” dan keraguan munasabah sebenarnya berjaya ditimbulkan pasukan peguam Anwar.

Insya Allah dengan kekuasaan Allah SWT akhirnya kebenaran akan terungkai jua. Keadilan akan tertegak jua jika kita takutkan balasan Allah, api neraka di akhirat manakala di dunia biasanya doa orang yang dizalimi dimakbulkan Allah.

Malah jika semua pihak kembali memulihkan hubungan berbaik baik dengan membuang yang keruh, mengambil yang jernih dan membuat keputusan terbaik untuk negara, insya Allah segala apa yang  lepas mungkin dapat dimaafkan dan dihormati majoriti rakyat. Sedangkan nabi ampunkan umatnya, malah Nabi Muhammad SAW tetap mahu menyelamatkan umat Islam daripada api neraka dengan memberi syafaat pula. Wallahualam. – 15 November, 2015.

* Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar adalah peguambela dan peguamcara.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/imbas-kembali-perbicaraan-anwar-syed-iskandar-syed-jaafar-al-mahdzar#sthash.KWwFglVy.dpuf 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA