Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, November 29, 2015

ANWAR - PEMBEBASAN NYA DIPERLUKAN

Keadaan politik tanah air kini semakin meruncing, pergeseran kalangan kepimpinan parti dari semua parti amat ketera, UMNO dengan kerenahnya sendiri, pembangkang dengan kerenah mereka sendiri, masa ini yang bermasalah ialah rakyat, rakyat terus " pening " untuk membuat keputusan. 

Terbaru desakan untuk Pembebasan " Anwar " telah di laungkan, baik dari dalam mau pun luar negara. Presiden Amerika Obama sendiri maukan pembebasan tersebut.  Terbaru.......


Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tahanan penjara bagi memainkan peranan sebagai ketua pembangkang yang efektif untuk memastikan pentadbiran negara mempunyai keseimbangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 November, 2015.



Putrajaya perlu melepaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tahanan penjara, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan.

Bekas naib ketua Bahagian Umno Batu Kawan itu menyifatkan, kehadiran Anwar akan menyemarakkan lagi arena politik negara kerana ketua umum PKR itu sudah pun menerima hukuman bagi kesalahannya yang lalu.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pun dihukum sebelum ini dan kini saya berpendapat beliau harus berada di luar penjara Sungai Buloh untuk menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanah air.

" biar landskap politik bertambah warna warni. Apa yang harus kita gusarkan sekiranya mentadbir negara ini secara amanah," kata pengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin berkata, amat wajar Anwar berada di luar bagi memainkan peranan sebagai ketua pembangkang yang efektif bagi "check and balance" kepada pentadbiran negara kita.

"Kini kita tidak boleh harap lagi pada pihak 'backbenchers' Barisan Nasional yang terlalu kuat mengampu secara membuta tuli dan tidak berani lagi membuat teguran-teguran membina ke atas pucuk kepimpinan tertinggi,"katanya yang terus mengatakan kaki pengampu pemimpin tidak akan menjana kepada kemajuan negara.

Beliau yang baru dibebaskan daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012 berkata, teguran perlu berani dilontarkan demi kebaikan dan kepentingan parti.

Katanya, negara katanya memerlukan pembangkang yang efektif dan rasional untuk sama-sama memainkan peranan  ke arah pembangunan negara.

"Sudah tiba masanya untuk kita bersatu dan jangan buat retorik politik lagi tetapi harus ikhlas membangunkan semula negara kita yang sedang berada diambang kejatuhan khususnya daripada perspektif politik dan ekonomi,"katanya. – 28 November, 2015.

1 comment:

  1. Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
    (heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA