Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, September 22, 2015

TEGOR NAJIB - KINI PERAK PULA









Ketika Negara mengalami masalah ekonomi dengan kejatuhan ringgit dan 
masalah hutang 1MDB, Sultan Perak memberi ucapan secara tidak 
langsung merujuk pentadbiran kerajaan yang banyak berhutang sehingga 
menimbulkan masalah ekonomi kepada negara dan rakyat.

Terlalu bergantung kepada hutang merupakan satu daripada
 antara banyak cabaran yang dihadapi amalan sekarang yang 
menjadi halangan serius untuk mencapai kemapanan, 
titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah perlu untuk mengenal pasti terlebih dahulu 
dan memahami cabaran seumpama itu dalam merangka strategi 
untuk mentransformasikan modal sistem kewangan sekarang 
kepada yang memudahkan pertumbuhan ekonomi di samping 
memastikan kemapanan.

Sultan Nazrin Shah bertitah demikian dalam ucapan baginda 
yang bertajuk 'Mencari Kemapanan: Peranan Kewangan Islam 
dalam Perubahan Transformasi" pada Persidangan Meja Bulat 
SC-OCIS Ke-6 mengenai Kewangan Islam di Ditchley Park, 
Oxfordshire.

Teks ucapan baginda dikeluarkan kepada Bernama.

Memetik Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi
 (OECD), Sultan Nazrin Shah bertitah "Paras hutang tinggi 
boleh mewujudkan kelemahan, yang meluaskan dan 
menyebarkan kejutan harga aset dan makroekonomi." 

Ia juga "menghalang keupayaan isi rumah dan perusahaan 
kepada penggunaan dan pelaburan yang lancar dan kepada 
kerajaan untuk mengurangkan kejutan yang teruk," 
titah baginda.

Baginda bertitah kesan hutang memburukkan lagi impak 
negatif ke atas pasaran kewangan dan ekonomi semasa
 tempoh kegawatan. 

"Terlalu bergantung kepada hutang mungkin akan 
menyebabkan gangguan teruk kepada pasaran serta 
kepada kestabilan sosio-ekonomi dan justeru itu perlu 
ditangani sekiranya kita mahu mencapai kemapanan yang 
lebih baik dalam sistem kewangan.  

"Kebimbangan berkenaan dengan hutang menyokong 
pandangan Islam bahawa hutang amat tidak digalakkan 
dan model atau kontrakberasaskan ekuiti adalah pilihan 
kerana ia selaras dengan Maqasid al Syariah atau objektif 
Syariah," titah baginda.

Sultan Nazrin Shah, yang juga Penaung Diraja bagi Insiatif
Kewangan Islam Malaysia bertitah, kebencian Islam 
terhadap hutang adalah berasaskan, antara lainnya, kepada 
kemungkinan akses kepada hutang mendorong seseorang 
itu berbelanja melebihi kemampuannya. 

"Dan apabila seseorang berbelanja mengikut tahap kekayaan 
atau pendapatannya, kemungkinan beliau berdepan masalah 
kewangan adalah tipis dan justeru itu beliau mampu
mengekalkan gaya hidupnya.

"Sebagai tambahan, hujahan ini boleh diguna pakai kepada 
sistem kewangan yang lebih besar. Tambahan pula, elemen 
perkongsian risiko sesuatu kontrak berasaskan ekuiti 
menggalakkan hubungan lebih saksama antara pihak-pihak 
yang berkontrak yang secara kolektifnya menjadi perkiraan 
yang lebih mapan," titah baginda.

Ucapan Sultan Perak ini penuh maksud atau sindiran terhadap 
kerajaan pimpinan Najib yang suka berhutang.

    

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA