Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, September 23, 2015

MERAH LINDUNGI NAJIB.....

Kalau Himpunan Bersih 1, 2, 3, 4 motifnya untuk menuntut pilihanraya yang adil dan demokrasi yang telus. Himpunan membantah PPSMI supaya kerajaan membatalkan matapelajaran Metematik dan Sains diajar di dalam Bahasa Inggeris. Himpunan supaya memansuhkan ISA. Himpunan membantah penyenaraian Felda Global Venture. Himpunan membantah GST. Semua himpunan ini jelas dari segi matlamat dan tujuan. Persoalannya himpunan merah 16 September ini, apa pula tujuannya?.


Sebenarnya himpunan merah tidak perlu dibuat kalau hanya hendak mengeluh kegagalan orang-orang Melayu yang ketinggalan dalam segala sudut. Kerana sebahagian besar pengajur ialah mereka yang menyokong parti yang terpalit dengan isu 1MDB. Mereka boleh belasah perkara ini di dalam Persidangan Umno, kenapa orang Melayu tertinggal sebab pemimpin Umno gagal melaksanakan amanah rakyat. Jangan salahkan kaum lain dan orang lain. 

Tidak perlu menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan yang berpunca daripada dari sendiri. Dunia akan ketawa, kenapa perlu merungut, sedangkan kamu perlu bertindak dan mengarahkan kerana mempunyai kuasa.

So, Perhimpunan Melayu apa matlamatnya?
Nak sokong Najib?
Nak sahkan Najib dapat 2.6b
Nak selamatkan isu 1MBD
atau
entah apa lagi yang perlu diselamatkan oleh kumpulan ini?


Antara mereka yang bertanggongjawab dalam perhimpunan ini
Bagaimana sejumlah yang bagitu besar " peminat UMNO " 
untuk hadir keperhimpunan ini?


Pihak bahagian UMNO menyediakan bas - itu yang kita dapat saksikan
 tapi tak le mungkin juga ada duit poket untuk mereka, beruntung jadi ahli UMNO.


Jutaan Merah mewarni KL pada 16 Sep. lepas.

Biasanya setiap program yang dilaksana akan di kaji keberkesanan dan hasilnya, bagitu juga dengan perhimpunan HIDUP MELAYU. Apakah perhimpunan ini telah meninggalkan kesan atau ianya cuma memberikan sokongan kepada salah laku kepimpinan sahaja atau mengiakan apa yang di buat oleh pemimpin atau mengesahkan buruk laku pemimpim itu sendiri.


YB ini pernah dikaitkan dengan menerima sumbangan 
rm 2 juta dari peruntukan 2.6b PM 
- so dia terpaksa kerja keras untuk membalas budi sumbangan tersebut.



YB ini pula pernah di gelar dengan " Six Milllion dollar Man " 
untuk lebih maklumat tanya ahli UMNO Pasir Salak.


Cuba kita imbas kembali, apakah himpunan ini sebagai reaksi himpunan Bersih 4 baru-baru ini. Atau hanya untuk menutup dan mengalih isu yang melanda di negara ini terutama 1MDB dan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang paling kita bimbang himpunan ini kalau bertujuan untuk meniupkan semangat perkauman.

Kesimpulannya tak dapat disembunyikan perhimpunan ini bertujuan dan memperlihatkan di mana ahli-ahli UMNO masih setia dengan Najib, walau pun kesalahan yang dilakukan bessar tapi ketaatsetiaan perlu di berikan untuk " survival " masa depan Melayu. Dengan tujuan tersembunyi itu, " wang " bukan lagi masalah, sebab itu kita lihat, bagaimana dari seluruh negera MELAYU di impot ke KL, bas-bas di gunakan untuk mengangguk mereka serta beberapa keperluan asas diberikan.


"walau begitu besar kesalahan kepimpinan DS Najib yg terpalit pelbagai isu isu besar yang menggoncang negara Malaysia. Ekonomi, kegagalan projek projek mega yg utama, rasuah, menipu rakyat, masalah sosial, jenayah dan kualiti kehidupan rakyat yg terpaksa menanggung kesalahan beliau dalam bentuk kos sara hidup yg melambung, namun orang orang melayu tetap halal kan kerana dia pemimpin UMNO, kerana dia orang melayu!"

HIDUP MELAYU!

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA