Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, September 30, 2015

LEBUH RAYA ATAS AIR, KEAJAIBAN KE 8

Di Malaysia biasanya jika ada kawasan bukit bukau, jalan raya akan dibina melingkari permukaan bukit. Di Provinsi Hebei,China mereka mempunyai dilema yang sama ketika membina jalan raya diantara Xingshang County dan Jambatan Zhaojun. Jalan raya ini perlu melalui kawasan berbukit bukau.

  Kerana jurubina tidak mahu menebuk terowong menembusi kawasan pergunungan dan memusnahkan keindahan semulajadi, mereka membina jalan raya di atas permukaan sungai. Empat daripada sepuluh kilometer jalan raya baru ini dibina di atas permukaan sungai. Kos pembinaan ialah sekitar 440 Juta Yuan (RM 292 Juta) dan adalah lebih mahal dari kos pembinaan biasa. Tetapi bagi penududuk setempat jalan raya "terapung" di atas sungai ini bukan sahaja unik tetapi memberikan pemandangan yang cantik apabila digunakan.



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA