Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, September 30, 2015

AMANAH ADA RASIONAL DI TUBUHKAN....



Tregedi 16 Sep. 2015 telah memperlihatkan kepada rakyat bagaimana terjelmanya sebuah lagi parti poliltik tanah air yang perjuangannya hampir sama dengan PAS - Islam sebagai hala tujunya. Apa yang menjadi persoalan ialah kenapa dan apa perlunya kelahiran Parti Amanah Negara " AMANAH ", sedangkan usaha PAS untuk memastikan keujudan perundangan Islam di Malaysia sedang di usahakan. Amanah juga meletakkan Islam sebagai landasan dan prinsip-prinsip perjaungan.


BERMULA PERPECAHAN DALAM PAS


2008 adalah tahun di mana kekuatan rangkaian PAS, DAP dan PKR terjelma dan memperlihatkan DAP menang besar dalam pru tahun tersebut. Dengan kemenangan besar DAP tersebut tidak di senangi oleh kelompok tertentu dan suara sumbang untuk meninggalkan pakatan ini mula timbul. Pro dan Kont dalam usaha meninggalkan rangkaian ini jelas terutama untuk memastikan Perak dan Selangor dapat di kuasai sepenohnya, tapi Pulau Pinang tiak terlibat kerana Pulau Pinang majoriti pada DAP, di Selangor walau pun DAP majoriti tapi perlembangaan mengesahkan mesti Melayu yang menerajui pemerintahan. 


Kerjasama antara PAS dan gagaasan PR ( bersama PKR dan DAP ) di sahkan oleh Muktamar tahunan PAS pada 2008 dan ianya terus di perbaharui setiap kali muktamar. Walau bagaimana pun titik hitam tidak sekata telah terbit, ada gulongan yang inginkan saliturhim antara PAS dan UMNO perlu diujudkan. Walaupun kesepakatan telah di jalinkan dan untuk PAS muktamar telah meluluskan tapi masih ujud kalangan yang inginkan UG ( Unite Goverment PAS UMNO ) untuk itu sudah pasti kesan buruk antara 2 geng ini ssentiasa ujud.


Sebagai contoh pergeseran pendapat dalam isu calon PR - Ini termasuklah isu Kota Damansara, pil kuda, MB Selangor dan lain-lain. Ia semakin ketara selepas perginya pemimpin ulung PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - pergeseran berterusan.

KEMPEN MENYINGKIRKAN KELOMPOK PRO-PR

Muktamar ke 59 di Shah Alam pada 2013, angin mula bertiup untuk kedua-dua kumpula ini di sahkan dengan ujudkan lebel melebel antara kedua-duanya, lahirlan " kumpulan Erdogan " " parasit " " Anwarinas " untuk mereka yang ingin berpisah dengan PAS. Usaha kali ini gagal. Walaubagaimana pun pada Muktamar 60 di Batu Pahat, dalam ucapan pengguhan Presiden memutuskan dengan kata-kata seoah-olah sudah ada kegiatan untuk perpisahan ini

Ucapan penangguhan muktamar ke 60 dengan tegas Presiden berkata, “kepada sesiapa yang hendak jadi imam juga, carilah tanah sendiri, buat masjid sendiri dan jadilah imam sendiri.” Ucapan ini ditafsirkan sebagai tindakan menghalau kumpulan pro-PR secara terbuka oleh beliau. Kesannya PAS berpecah dua.

Kata-kata Presiden seolah-olah merasmikan kerja buat untuk menyingkirkan kumpulan profesional ini, dengan itu,  Presiden lupa kumpulan ini adalah penggerak kepada keutuhan dan kehebatan PAS masa ini. Akaun Facebook dan blog hantu mula digunakan untuk membuat serangan secara terbuka kepada mereka dengan pelbagai label diberikan dari Anwarinas, jebon, parasit, barua, anai-anai sehinggalah kepada liberal, sekular dan anti-ulama! Sedangkan isu sebenar adalah samada kekal dengan PR atau sebaliknya.

PAS terus bergolak.

Sebelum Muktamar 61 di Kuala Selangor,  kempen penyinkiran kumpulan Anwarinas di lipat gandakan, demonstrasi juga dibuat di pejabat Agung PAS untuk menyerang pimpinan pro-PR ini. Banner dinaikkan, gambar mereka dipijak, tuduhan rambang dibuat, namun tiada tindakan diambil oleh DS Presiden untuk menghentikan kerja-kerja terkutuk ini.

APAKAH PRESIDEN MERESTUAINYA?

Implikasi Muktamar ke 61, kumpulan profesional tersingkir dan golongan pro ulama mengambil tempat dan PAS memutuskan hubungan dengan DAP - PR yang di bina pada 2008 hancur pada muktamar ini.


USAHA PENUBUHAN WADAH BARU & MENGUSAHAKAN PAKATAN 2.0 

Kumpulan profesional yang di singkirkan, mengadakan satu program " jasa mu di kenang " di maarkas PAS bakri, program di adakan pada 16 Jun 2015, sambutan amat menggalakkan dan suara dari sambutan itu mengharapkan satu wadah baru diperluan untuk meneruskan cita-cita perjuangan Islam. Parti ini akan berusaha untuk mengujudkan semula Pakatan Rakyat 2.0. Mereka terus berusah kearah penubuhan parti baru tersebut.

Akhirnya dengan kekuatan yang ada, terjumpa dengan nama Parti Amanah Negara yang di ambil dari Parti Pekerja Malaysia. 

Komitee ini juga berussaha untuk mengesahkan penubuhannya pada tarikh lahirnya Malaysia pada 16 Sep.

LAHIRNYA PARTI AMANAH NEGARA

Pada 16 Sep. 2015 bertempt di IDCC Shah Alam, lahirlah sebuah parti baru bernama Parti Amanah Negara atau " Amanah Negara ", Amanah Negara akan memikul tanggungjawab mencorakkan politik negara dan ummah mengikut prinsip-prinsip Islam ke arah mencapai cita-cita besar Malaysia.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA