Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, September 6, 2015

EKONOMI MALAYSIA TAK TENTU HALA

UMNO menggelabah apabila Presidennya Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak dilihat mempunyai pelbagai masalah berkait 
dengan kredibiliti dan politik. Kredibilitinya dipertikai apabila skandal 1MDB dan sejumlah RM2.6 billion dimasukkan ke dalam akaun peribadinya ketika beliau menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia.

 Perwakilan Pemuda Umno Tampin Negeri Sembilan sebulat suara menyokong usul tergempar menggesa Najib meletak jawatan sebagai Presiden parti itu dan Perdana Menteri Malaysia. Sebelum itu Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkritik secara terbuka soal urus tadbir 1MDB dan dana yang didakwa sebagai derma itu, dimasukkan ke dalam akaun bank Najib sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Lalu dengan tindakan beraninya itu menyebabkan beliau digugurkan dari kabinet terbaru Najib, sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tidak diketahui apa tujuan sebenarnya wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank Najib, ada dakwaan dikatakan untuk tujuan pilihan raya umum berkenaan.

Justeru, satu saman atau tindakan undang-undang telah dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Najib berkait dengan wang RM2.6 billion itu.
Ahli-ahli Umno terasa rimas dengan isu yang berlegar di sekitar presiden mereka lalu meluahkan kritikan dalam mesyuarat bahagian termasuk di Langkawi, Kedah.

Seorang wanita Umno bahagian tersebut meluahkan rasa geramnya terhadap Najib dengan mendakwa presiden mereka telah “kencing” tiga juta ahli Umno berkait dengan isu berkenaan. Banyak bahagian Umno telah menunjukkan sikap tidak senang dengan tindak-tanduk Najib dalam menangani isu berkenaan.

Sikap yang ditunjukkan oleh perwakilan Umno itu menunjukkan bahawa Najib bukanlah satu-satunya presiden parti yang tidak boleh dikritik secara terbuka dalam mesyuarat agung mereka.

Bagi mereka, kepimpinan Najib sudah sampai ke penghujungnya dan mereka mendesak supaya beliau berundur secara terhormat.

Siapakah yang akan menggantikan Najib jika dia meletak jawatan dalam masa terdekat, ia dalam pengetahuan Umno, jika senario politik negara masih tidak berubah.

Ramai pemerhati politik berpendapat tidak akan berlaku perubahan yang memberangsangkan sekiranya Umno masih kekal pentadbir negara. Ini kerana sistem pentadbiran negara yang dibawa oleh parti itu terus menerus membawa negara ke arah tadbir urus tidak telus, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pelbagai penyelewengan lain lagi.

Pertukaran pucuk pimpinan negara di tangan Umno tidak akan membawa perubahan apa-apa dalam negara kerana corak pentadbiran negara pada asasnya adalah sama sahaja di bawah Umno.

Kebobrokan sosial, ekonomi dan politik dalam negara adalah kebobrokan sistem asas pentadbiran negara. Di situ letaknya punca permasalahannya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA