KUALA LUMPUR: Umno bukan lagi berada di zon rehat dan selesa tetapi berada di zon kacau bilau, kata Ahli Jawatankuasa (AJK) Lajnah Penerangan PAS Pusat, Muhammad Najhan Halim.Beliau berkata, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad pernah mendedahkan pada satu masa dahulu kepada rakyat masalah Umno.
“Umno umpama sudah busuk sampai ke usus amat tepat. Perkataan ini bukannya datang dari kalangan orang PAS atau mana-mana parti yang lain, malah ia datang daripada bekas Presiden Umno yang pernah memimpin Umno lebih daripada 25 tahun,” dakwanya
Selepas keputusan Pilihan Raya Umum (PRU)13, Umno bukan lagi parti yang dikatakan benar-benar mewakili rakyat dalam negara ini kerana hanya memperolehi undi popular keseluruhan sebanyak 47 peratus.
Katanya, bermula daripada keputusan itu hampir di setiap peringkat rata-rata berasakan Umno sedang menuju kejatuhannya walaupun dikatakan masih berjaya mengekalkan kerajaan dalam negara.
Katanya, semua pihak termasuk Umno sendiri menyedari kekalnya Umno hanya kerana ‘fixed deposit’nya membantunya seperti pengundi di pedalaman Sabah dan Sarawak serta kemenangan di kawasan yang terdapat Felda dan Pasukan Keselamatan.
“Sekiranya tanpa ‘harta simpanan’ ini sudah tentu Umno sudah menjadi sejarah pada hari ini.
“Umno yang sedang kacau itu bertambah serabut dan meracau apabila 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi isu nasional yang memperlihatkan kegagalan Umno khas dan Kerajaan Malaysia dalam menangani krisis kewangan dana pembangunan negara,” dakwanya.
Katanya, krisis 1MDB sangat berat dan terpaksa ditanggung Umno sehingga impak kesannya begitu serius sampai ke tahap pemecatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan juga Timbalan presiden Umno.
Dakwanya, tiada yang terlebih teruk dialami Umno apabila Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin terpaksa dilucutkan jawatan daripada kerajaan.
Tambahan pula katanya, kaitan dengan pemecatan Muhyiddin itu berpunca kritikannya yang keras terhadap Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak pula selepas itu dipalitkan dengan deposit RM2.6 billion ke akaun Perdana Menteri sendiri.
Sudah tentu keraguan dan syak wasangka melebar dan berlegar dalam benak fikiran ahli dan pemimpin Umno “Pemecatan tergesa-gesa Muhyidin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dilakukan kerana Presiden Umno ingin menyelamatkan keadaan dengan tindakan yang sangat tidak wajar.
“Sekali gus perkembangan itu menambah kekalutan dalaman Umno sendiri bagaikan umpama “air yang tenang di permukaannya tetapi berkeledak dan bergolacak di dasarnya,” katanya.
Terkini, pendedahan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Zahid Hamidi, terdapat usaha sedang dirancang untuk menggulingkan kerajaan terdiri dari kalangan sebahagian pemimpin Umno kononnya bersama dengan ahli parlimen pembangkang.
Katanya, PAS sekian lama berhadapan dengan Umno dalam arena pertembungan politik negara menganggap Umnotidak lagi releven.
“PAS bersedia bila-bila masa untuk rakyat negara ini untuk dijadikan wadah dan penyatuan ummat Islam khasnya dan memimpin rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama ke arah yang negara sejahtera dan harmoni.
Kemelut yang dihadapi PAS sedikit tidak menjejaskan perjuangan PAS dan halatuju PAS.
Katanya, PAS mempunyai keupayaan dan pengalaman yang cukup matang menghadapi pelbagai karenah dan rencah politik, pernah merasai jatuh serta bangun dalam perjuangannya.
Pengalaman PAS mentadbir negeri Kelantan dengan serba kekurangan dan halangan tetap dan masih mampu dipertahankan dan diperteguhkan.
“PAS berkeyakinan dasar Islam yang menjadi nadi perjuangannya jalan penyelesaian terbaik kepada segala kemelut dan barah yang sedang merosakkan negara ini,” katanya.
bye bye pas. no way we be by your side
ReplyDelete