Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, August 27, 2015

PAS KINI ; DARI PERSPEKTIF HUSAM


Pemimpin PAS Wajib baca Artikel Ni. PAS seharusnya 
memberikan keadilan kepada pemimpin dan ahlinya sebelum
memberikan keadilankepada rakyat, kata bekas naib presidennya 
Datuk Husam Musa ( gambar ) hari ini.

Jika PAS tidak boleh memberikan keadilan kepada pimpinan dan
 ahlinya, bagaimana ia boleh memberikan keadilan kepada rakyat 
Malaysia, soal beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang 
Kerian

Husam yang masih tidak sihat dan sedang menerima rawatan berkata,
 menjelang muktamar baru-baru ini segala bentuk fitnah dan caci 
maki di luar adab Islam berlaku.

"Apa pendirian Majlis Syura PAS dan PAS Pusat? Adakah ini dibenarkan 
oleh Islam?" soal beliau dalam perutusan bertulisnya sempena majlis
 dialog di kawasannya pada Isnin.

Dalam perutusan itu, Husam juga mempertikaikan tindakan PAS 
membentang rang undang-undang persendirian untuk meminda 
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355)
 di Dewan Rakyat.

Katanya, akta yang hanya satu alat politik ini menyebabkan PAS 
bersama Umno memecahbelahkan parti, merosakkan imej dan 
melemahkan kedudukan PAS.

Akta itu dibawa sebagai rang undang-undang persendirian yang
 mengikut rancangan asal dibentangkan pada sidang Parlimen bulan 
April tetapi kemudiannya dibawa ke bulan Jun dan kemudian 
ditangguhkan ke hujung tahun ini.

Pemimpin PAS Terkejut Dengan Artikel Ini?

"Namun, selepas 2 sesi Parlimen berlalu dengan kehampaan, 
seakan PAS dipermainkan oleh Umno. Soalnya, mengapa PAS semudah 
itu diputar belit Umno?" soalnya.

Beliau juga mempertikaikan tindakan membawa rang undang-undang
 itu ke Parlimen secara terburu-buru tanpa pengetahuan PAS Pusat.

"Mengapa ia dibawa tergesa-gesa tanpa pengetahuan PAS Pusat?
 Akhirnya difahamkan, diputuskan untuk diserahkan semula kepada
 kerajaan Pusat," katanya.

Dalam perutusan itu, Husam juga mempertikaikan kedudukan 
pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

"Keadaan pentadbiran Kelantan sekarang menjadi buah mulut rakyat.

"Kerajaan yang ada tidak mengikut garis yang ditinggalkan oleh 
Al-Marhum Tok Guru," katanya merujuk kepada bekas menteri besar 
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antaranya kata Husam, melibatkan kemewahan hidup para pemimpin, 
lawatan ke luar negara yang sangat kerap dan pengagihan kekayaan
 negeri kepada kroni tanpa tender.

Perkara ini kata Husam, sepatutnya dipantau PAS Pusat.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA