Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, July 18, 2015

RASUAH - KAMU GARU AKU, AKU GARU KAMU

Apakah dengan pelaksanaan pemberiaan BRIM telah mengakibatkan tabungan kerajaan perlu di tambah dengan perlbagai cara? apakah projek ini meninggalkan bebanan kewangan yang kritikal sekali dan memberikan kessan kepada kepimpinan untuk " mencuri " dari mana-mana sumber yang boleh di cari. Kenyataan ini di sokong dengan apa yang belaku masa kini, pendedahan demi pededehan yang dilakukan oleh kepimpinan untuk mendapatkan sumber tersebut. 

Dari satu isu ke satu isu, dari MBD, LUTH kini terbit pula kaitan dengan MARA.

Untuk Siapa MARA?

MARA asalnya RIDA ( Rural Industrial Development Authority ) adalah badan di mana untuk memastikan MELAYU tidak merempat di negei sendiri apabila pihak Inggeris berusaha untuk memberikan " kewarganegaraa negeri " kepada semua pedatang. Cubaan memujuk istana ini bermula pada awal 1950an. Asas tuntutan RIDA ini akuntuk kepentingan ekonomi dan pendidikan orang Melayu. Agensi ini telah banyak menabor budi kepada orang Melayu khususnya di Luar Bandar seperti rumah, kilang, bas semua berjenama Rida tapi bas MARA adalah popular bagitu juga RIDA telah membabitkan pembangunan dalam bidang pendidikan.

Bas Mara tahun 1960-an


Zaman berubah dan daya fikir kepimpinan turut ikut berubah dari mereka yang diri untuk kepentingan bangsa kini sudah memikirkan untuk hidup mewah dan menjadikan jawatan sebagai batu loncatan untuk hidup mewah. Seolah-solah masa kini GLC seperti MARA ini " harta pusaka " untuk mereka hidup mewah.

Apa yang berlaku dengan masa ini amat mendukacitakan, kita di " bomkan " dengan skandal pembelian hartanah oleh MARA di Australia. Tindakan awal dengan menggantung Pengerusi Mara Incoporated, Mohamad Lan Allani dan Abd  Halim A. Rahim serta firma audit PWC dilantik untuk mencari jalan penyelesaian.

Mohammad Lan digantung jawatan

Bagaimana kalau kenyataan " buruk laku " di MARA ini benar ? Atau apakah kita masih mengharap agar ianya tidak benar. kalau benar, maka kita semua rugi sekali lagi kerana kitalah mangsa mutakhir pengkhianatan ini. KITA rakyat telah pun tertipu dengan 1MBD, Felcra, Felda GV BHD,  KWSP, LUTH, LTAT ( Lem. Tabung Angkatan Tentera ) dan entah-entah banyak lagi tabungan untuk rakyat di gunakan oleh pemimpin.

Tersenarainya " tabungan " kita yang di salahgunakan timbul pula satu pertanyaa, APAKAH KEPIMPINAN MELAYU HIDUP PENUH DENGAN RASUAH? 
Apakah ianya sudah bermula sejak UMNO memerintah? 

Tapi memang menyedihkah keadaan rasuah di negera masa kini, kerana ianya telah menular ke peringkat yang paling bawah dan baru-baru ini terbongkar di mana urusan tender juga di ketahui sebelum borang tender itu diserahkan ke pihak berkenaan. Apakahnperibahasa " bila bapa borek logiknya anak rintik dan ianya terus turun ke anak cucu cicit.

Kepimpinan terlupa di zaman anak-anak remaja telah terdidik dan mampu berfikir jauh kaitan dengan ungkapan dan pertuturan setiap pemimimpin dan kadang kala setiaporang tahu apa niat di sebalik ucapan tersebut. Situasi bagini mungkin boleh meninggalkah persepsi setiap orang atas melakukan rasuah ianya mesti di ikuti oleh anak buah ( orang bawah ) dan mungkin juga ujudnya satu persengkokolan antara yang di atas di dibawah.  Filem Nujum Pak Belalang berjaya menceritakan " satu untuk aku dan satu untuk engkau "

PERSOALANNYA MENGAPA AMAT MUDAH BERASUAH DI MALAYSIA

Mungkinkah pepatah 
1- bapa borek anak rintik
2- engkau garu belakang aku, aku garu belakang engkau
3- " birds of a feather flock together ( burung yang sama bulunya berkumpul sama )

Apakah ada kaitan dengan sistem pemerintahan sebagai penyebab rasuah bagitu " bermaharaja lela " di kalangan kepimpinan? Sebagaimana yang di ketahui semua fail sulit pemimpin adalah di awasi oleh pihak " the big bos " so the boss know everything what the subordinate done " Mungkinkah juga semua fail-fail mereka walau pun dalam simpanan SPRM dan ianya di jadikan awasi oleh pihak " The Big Boss "

APAKAH PERANAN SPRM?

Fail segar pemimpin dan salah laku mereka walau pun tersimpan di SPRM tapi pengawasan masih lai pada kepimpinan tertinggi dalam sebuah organisasi. Ini mungkin berlaku dari Mahathir di serahkan pada Abdullah dan dari Abdullah pula ke Najib. Akhirnya fail-fail " rasuah " ini bukan di ambil tidakan malahan pemilik pula di angkat untuk menyatakan sokongan kepada mereka yang memerlukan. Implikasi dari sistem ini SPRM seolah-olah tidak berfungsi dan sebaliknya pemimpin mengambil kesempatan untuk menggunakan " salah laku ini " untuk kepentingan masa depan " survival " politik mereka. Buat kata-kata Pak Belalang dllm filem Nujum Pak Belalang  " Satu untuk engkau dan satu untuk aku "

Apakah mereka yang berkuasa berasa bahawa kuasa akan menghalalkan segala-galnya. Atau apakah yang berkuasa pula di lahirkan dengan " termakan budi " kepada mereka yang menggilakan kuasa dan mereka membela mereka dari kalangan yang inginkan kuasa ? Sebagai contoh, bagaimana Najib pula melantik semula Bekas MB N9 untuk menjaga Felda? bagaimana pula dengan perlantikan Annuar Musa ke parlimen dan menjaga MARA sedangkan sejarah telah membuktikan beliau pernah terlibat dengan satu kes salah laku kaitan kewangan negara semasa mempengerusikan RISDA.

Atau apakah slogan " kamu garu belakang aku, aku garu belakang kamu "

Akhirnya, selagi kalangan mereka yang bertanggongjawab dan tidak di bawa ke muka pengadilan untuk memastikan kesalahan mereka, kita rakyat janganlah menaruh terlalu tinggi harap untuk penambah baikan. Biasanya, setiap kesalahan dan salakan rakyat serperti mengharapkan hujan jika adanya guruh tapi malangnya guruh berdentum dentam tapi hujang tak jadi.

Kini MARA terbabit dalam kes salah laku RASUAH.

1 comment:


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA