Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, July 17, 2015

DUIT RAYA - BEBAN ATAU SEDEKAH





Tradisi pemberian duit raya yang sepatutnya sebagai sedekah untuk menggembirakan k
anak-kanak, kini menjadi beban kepada segelintir masyarakat apabila jumlah duit yang diberi terpaksa mengikut trend semasa, dan bukannya kemampuan. 







Ada tuan rumah yang tidak menghulurkan duit raya atau jumlah yang diberikan kecil, akan berasa bimbang, sunyilah rumahnya kerana tiada kanak-kanak mahu berkunjung. 
Penjawat awam Norazimah Aziz, 32, mengakui dia dan suami merasa terbeban memikirkan peruntukan untuk duit raya, ditambah dengan kos persiapan seperti membeli pakaian, biskut raya dan lain-lain yang memerlukan perbelanjaan tinggi.
"Pemberian duit raya suatu amalan bersedekah untuk menambah pahala, namun ia bertukar menjadi tidak ikhlas apatah lagi kini kadar duit raya mengikut trend semasa.
"Jika 10 tahun dahulu pemberian duit raya RM1 sudah cukup membuatkan kanak-kanak tersenyum lebar, kini jumlah yang sama menyebabkan ada yang mencebik muka," katanya kepada Bernama.
Menurutnya Aidilfitri tahun ini dia dan suami memperuntukkan sebanyak RM300 untuk duit raya. Norazimah tidak mahu memberi duit raya terlalu sedikit kerana bimbang dikatakan tidak berkemampuan atau kedekut.
Mengulas perkara itu, penceramah bebas Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, hukum memberi duit raya apabila tibanya Aidilfitri dalam Islam adalah harus, namun hukum memberi sesuatu yang halal di sisi syarak kepada seseorang adalah sunnah.
"Bagaimanapun hukum ini boleh berubah kepada haram sekiranya terdapat niat untuk menunjuk kekayaan sehingga ada yang sanggup berhutang.
"Untuk itu, apabila kita niat untuk bersedekah maka bagilah duit raya sekadar yang termampu," katanya.
Beliau berkata, jika tidak berkemampuan memberikan duit raya, tuan rumah boleh menggantikannya dengan menyediakan makanan dan minuman sedap selain memberi buah tangan atau hadiah kepada kanak-kanak seperti gula-gula, coklat dan biskut.
Sekiranya terlalu ditekankan dengan pemberian duit raya, beliau bimbang ia memberi kesan negatif kepada kanak-kanak dengan menjadikan mereka bersifat  materialistik.
Justeru, Wan Akashah berpendapat ibu bapa perlu mendidik anak-anak  mengenai pahala ziarah pada Hari Raya yang lebih besar nilainya berbanding wang ringgit.
"Bawalah anak-anak melawat saudara-mara tidak kira yang memberi (duit raya)atau tidak. 
"Kita tidak mahu anak-anak memberi fokus kepada mendapat duit raya semata-mata. Lama-kelamaan keikhlasan hubungan sesama insan semakin terhakis dengan nilai kebendaan lebih daripada semangat kekitaan," katanya. - Bernama 

1 comment:

  1. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya Kamarudin seorang TKI DI Malaysia pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet, mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran toto magnum angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor 085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: SITUS RESMI AKI WOWO

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA