Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, July 2, 2015

PAS - RAMAI YANG DAH MERAJUK

pas,dap




Lagi pemimpin Pas bakal masuk DAP Adam Abu Bakar   ( gambar ) 

PETALING JAYA: Seorang lagi bekas pemimpin Pas secara terbuka menyatakan hasrat untuk menyertai DAP. Terbaru, bekas Peguam Pas, Zulhazmi Shariff yang keluar dari parti itu pada 15 Jun lalu, dijangka akan berbuat demikian dalam tempoh terdekat. 

Sewaktu dihubungi FMT, dia menyatakan masih belum lagi menyerahkan borang penyertaannya dan tidak menolak kemungkinan ia akan dibuat pada Khamis di Majlis Berbuka Puasa di Sunway Putra anjuran Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng. 

Mengulas penyertaannya dalam parti DAP, Zulhazmi yang pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat turut memberitahu DAP merupakan sebuah parti yang konsisten dengan prinsipnya. “Di antara parti politik pembangkang yang ada di Malaysia, yang konsisten melawan Barisan Nasional (BN) adalah DAP dan berpegang kepada prinsip. “Kalau DAP mahukan ketelusan, parti itu akan berusaha untuk menjadi lebih telus, contohnya dari segi ketelusan pentadbiran kerajaan negeri di Pulau Pinang,” terangnya. 

Pada masa sama, Zulhazmi menafikan DAP sebagai parti yang menentang dan menindas orang Islam selain merasakan DAP tidak menolak perlaksanaan hukum hudud secara total. “Saya tidak nampak DAP menentang atau menindas Islam. Walhal, dalam isu hudud sekalipun saya tidak rasa DAP membantahnya, cuma tidak berpuas hati dengan tindakan PAS yang tidak mengikut saluran dan semangat yang betul. “DAP tidak pernah kata hudud tidak boleh dilaksana, tidak elok atau zalim.


Hanya UMNO yang berkata demikian, bahkan, pemimpin DAP hanya menyatakan ia tidak boleh dilaksana kerana melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya. Tidak terhenti di situ, Zulhazmi turut mengakui bahawa penyertaannya ke dalam parti DAP adalah disebabkan rasa kecewanya dengan Pas. “Pas masih di takuk lama, menganggap hanya mereka sahaja betul dan apa yang dilakukan oleh rakan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) adalah salah,” katanya. -fmt-

2 comments:

  1. Walaupun KAFIR tapi mereka tak tunjuk sifat MUNAFIK. PAS kata DAP tak boleh jadi imam sebab PAS hanya berimamkan MCA, GERAKAN , MIC dan PPP sahaja.

    ReplyDelete
  2. Ahhhhh...mengarut lah aku tengok PAS ni. Kita dah lantik dia org jadi wakil rakyat utk tumbangkan BN...boleh pulak kali ni kata bukan cita2 mereka nak ambil putera jaya (memerintah). Buang masa serta tenaga aku dan kawan2 aku aja undi mereka masa pru yg lepas.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA