INILAH PUNCA BRUNEI TAK MASUK MALAYSIA
Pernahkah anda terfikir mengapa Brunei tidak bernaung di bawah
Malaysia? Jika anda masih ingat dengan sejarah tingkatan 3 sudah pasti
anda tahu jawapan ini.
Mari sama-sama kita imbau kembali sejarah penolakan Brunei dari
bergabung dengan Malaysia.
Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa
Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman
telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil
balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan
kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi
masalah pentadbiran.
Namun, Sultan masih tetap dengan pendiriannya. Antara perkara yang
tidak dipersetujuioleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah
Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah
sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu.
Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan
dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun
dan selepas itu Pusat mahumengambil alih kawalan minyak Brunei.
Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung
ancama komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya
telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dengan syarat-syarat
di atas.
Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ianya
sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran
dengannya, malah diiktirafdi peringkat antarabangsa.
Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang
tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat
tinggi dan sebagainya.
Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaganya telah
melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan
tidak di ambilbekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak.
Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun
jika tidak serius untukmemberikan peluang kepada rakyat tempatan, syarikat-
syarikat ini tidak dikehendaki untukberada di Brunei.
Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang
ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang
serius.
Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas
Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar
dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata kepadanya “Kamu sudah seperti
Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu”
Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali
dapat diubah, namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin
berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?
Andaian
1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai untuk hasil minyak, malah 95% hasil
minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.
2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000
berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)
3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari
sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)
4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan
terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan riba.
5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dengan gaji
mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan
dari pemimpin tempatan Brunei. rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah
dengan gaji yangrendah juga.
6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa
membeli kereta Proton dan Perodua.
7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang
berombak-rombak dan berlubang dan kebanyakan di tampal hingga rupanya macam
kek lapis Sarawak.
Lihatlah pembangunan dan kemajuan negara Brunei sehingga baru-baru ini diletakkan
dalam ranking KE-4 terkaya dunia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Pertumbuhan ekonomi sekitar tahun 1990-an hingga 2000, membawa perubahan kepada
Brunei sehingga menjadi sebuah negara perindustrian.
Purata peningkatannya adalah 56% bagi tahun 1999 hingga 2008 sahaja. Sektor petroleum
dan gas asli menjana kekayaan tertinggi negara. IMF turut menyatakan bahawa hutang
Brunei berada di kadar 0% daripada KDNK negaranya.
ammar blog
No comments:
Post a Comment